Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas Yang Simple Dan Sedap. Pasti Membangkitkan Selera Anda!
Pening memikirkan menu apa untuk dihidangkan hari ni? Apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan iaitu ayam goreng tomyam pedas. Resepi ini agak unik kerana ayam akan goreng, kemudian ditumis dan dimasak kering menggunakan pes tomyam, namun rasanya sangat power! syok dimakan dengan nasi putih.
Pes tomyam bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak tomyam yang berkuah ataupun bersup. Ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti bihun goreng tomyam, ayam goreng tomyam, udang masak tomyam dan sebagainya. Rasanya sangat sedap pasti puas hati.
Menu ini sangat sesuai dijadikan juadah makan tengahari ataupun makan malam. Makan dengan nasi panas-panas sudah cukup tanpa hidangan lain. Bahan yang digunakan tidaklah renyah dan cara penyediaanya yang ringkas menarik perhatian ramai untuk mencubanya.
Perencah tomyam bila dimasukkan dalam masakan memang mengeluarkan aroma yang sangat wangi sampai jiran sebelah pun boleh bau tau. Masakan anda lagi sedap jika ayam digoreng garing dan juicy didalamnya. Menu ayam goreng tomyam ini rasanya yang masam, manis, pedas memang unik boleh membangkitkan selera makan anda.
Bagi yang sudah kekering idea untuk memasak hidang petang ni, jangan risau mungkin dengan ada resepi yang dikongsikan oleh cik puan Nurul Ateekah ini dapat membantu anda untuk memcuba hidangan baru. Resepi yang sangat mudah, rugi tak cuba tau.
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Jika anda seorang penggemar masakan thai dan suka pada menu ringkas tapi menyelerakan, jom cuba resepi ini. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimanan cara penyediaan hidangan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam 1 ekor(dipotong dan dibersih)
- 5 sudu besar cili kisar
- 1@2 paket perencah tomyam
- 8 batang cili padi merah
- 8 batang cili padi hijau
- 1 batang serai(dihiris serong)
- 4 helai daun limau purut
- 1 biji tomato (dibelah 6)
- 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
- 5 ulas bawang putih(dihiris)
- 2 cm lengkuas (dipotong)
- Lobak merah(tambahan)
- ½ cawan air
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- Serbuk perasa(jika perlu)
- Garam Dan gula(jika perlu)
CARA PENYEDIAAN GORENG TOMYAM PEDAS :
▶️ Goreng ayam terlebih, kemudian guna minyak yang sama, keluarkan sedikit minyak untuk menulis bawang, daun limau purut dan serai.
▶️ Selepas itu, masukkan cili kisar tumis sehingga naik bau.
▶️ Kemudian masukkan pes tomyam.
▶️ Masukkan cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa jika perlu dan gaul rata.
▶️ Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan, biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering.
▶️ Angkat dan siap dihidang.
BACA JUGA : Cara Buat Tauhu Begedil Intinya Padat. Resepi Yang Mudah Dan Simple Untuk Hidang Minum Petang!
Wah! Nampaknya hidangan ini mampu membuka selera kita. Dengan ada pes tomyom ditambah sedikit sayuran dalam masakan mesti dapat menarik selera. Anak-anak pun confirm suka makan ayam goreng tomyam ini. Tak salah tau kalau nak mencuba menu baru dalam setiap hidangan anda.
Selain lobak merah, anda boleh je masukkan sayur lain seperti kacang panjang, anak jagung, ataupun apa pun apa jenis sayur. Rasanya akan akan lebih sedap. Kalau dah muak asyik makan ayam menu ini boleh je ditukar dengan daging, udang ataupun sotong.
Jika anda suka masakan ala thai ataupun menu berasaskan tomyam boleh save resepi ini dan jika ada kelapangan boleh mencubanya. Semoga resepi ayam goreng tomyam pedas ini bemanfaat pada anda semua. Selamat mencuba!