Resepi Nona Manis Lembut Cair Dimulut! Kuih Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Dibuat.

0 2,065

Kuih nona manis kalau disebut dan terbayang rasa kuih comel yang lembut dan lemak manis ni. Kalau tengok dari segi rupa kuih nona manis macam biasa je tiada yang special, tapi bila dah dimakan rasa tak cukup pulak.

Kebiasaan kuih nona manis berwarna hijau atau kuning dan berwarna putih ditengah-tengah kuih. Saiz pulak comel je dengan menggunakan bekas acuan lompang.

Setiap gigitan kuih nona manis akan terasa lembut, manis, dan lemak masin santan tu boleh membuat meleleh air liur! Kuih ini dikategori kuih traditional tapi sampai sekarang masih ramai peminat. Tak hairan lah, kalau dijual boleh habis sekelip mata je.

Mungkin ramai yang cakap nak buat kuih nona manis ni susah. Jangan risau cara membuat dan bahan yang digunakan sanggat mudah. Untuk yang permulaan pon boleh dapat hasil yang cantik.

Resepi kuih nona manis kali ni dari Nuralia Idayu dengan cara pembuatan yang mudah dan senang dengan menggunakan sukatan cawan dah tak perlu susah payah untuk timbang bahan. Cara masak pon mudah dan senang saja, jom kita cuba!

 

RESEPI KUIH NONA MANIS LEMBUT CAIR DIMULUT

Untuk lebih menarik lagi, kuih nona manis boleh divariasi warnanya supaya lebih memikat dan kanak-kanak pon tertarik nak makan.

Bahan yang diperlukan :
Bahan A ( blend)
  • 1 cawan santan ( nak guna santan kotak pon boleh)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandung
  • ½ cawan gula

 

Bahan B ( dimasak )
  • ½ cawan air pandan ( amik dalam 3-4 helai daun pandan, blend dan tapis )
  • ½ cawan santan
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan C ( dimasak )
  • 1 ½ cawan santan
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Periuk pengukus
  • 2 pipping bottle
  • Acuan lompang

Cara-cara penyediaan kuih nona manis :

▶️ Mula-mula blend bahan A semua sekali dan diketepikan sekejap.

▶️ Seterusnya, untuk bahan dimasak. Masukkan kesemua bahan B kedalam periuk / kuali, kacau dengan api sederhana perlahan sampai pekat.

▶️ Kemudian masukkan pewarna hijau dan kacau sehingga adunan menjadi warna hijau yang cantik.

▶️ Apabila adunan sudah pekat, masukkan Bahan A yang diblend tadi dan kacau sampai rata. Tutup api dan sejukkan sekejap.

▶️ Seterusnya Bahan C perlu dimasak, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk / kuali. Kacau adunan sampai pekat, rata dan smooth baru tutup api.

▶️ Setelah kesemua bahan dah dimasak, kita akan dapat 2 adunan iaitu adunan hijau dan putih.

▶️ Kemudian, panaskan periuk pengukus terlebih dahulu sehingga air mendidih.

▶️ Setiap adunan diletakan dalam piping bottle untuk memudahkan semasa memasukkan adunan ke dalam acuan lompang.

▶️ Letakkan adunan hijau terlebih dahulu sebanyak 3/4 acuan kuih dan ditengah pipping adunan putih sehingga menjadi bentuk bulat.

▶️ Akhir sekali, jangan lupa untuk balut penutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan dari wap air jatuh ke permukaan kuih. kukus adunan kuih selama 10-15 minit sehingga adunan masak dan tutup api.

▶️ Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan untuk mengelakkan kuih pecah.

 

BACA JUGA : Resepi Kari Ikan Tongkol Ala Utara. Resepi yang patut dicuba senang dan mudah dibuat.

 

Bagi mengelakkan kuih nona manis mudah dikeluarkan, sapu dahulu acuan kuih lompang dengan sedikit minyak supaya tidak melekat semasa dikeluarkan nanti. Untuk yang malas sapu minyak di acuan kuih boleh je guna oil spray.

Alamak! mengoda betul tengok kuih nona manis ni. Mesti ada yang dah tak sabar nak makan bila dah siap. Kalau dimasukkan ke dalam peti sejuk dulu sebelum dimakan lagi sedap makan semasa sejuk.

InsyaAllah, dengan izin Allah pasti akan menjadi bila buat kuih nona manis yang pasti cair dimulut ni. Resepi yang diberikan pon mudah dan senang dibuat. Selamat mencuba korang! Pasti tak menyesal!

Leave A Reply

Your email address will not be published.