Resepi Kuih Bom Bijan Pandan Yang Simple Dan Mudah. Rasanya Pun Sedap Anda Wajib Try!

0 690

Siapa suka makan kuih bom bijan? Kuih ni memang sedap dengan teksturnya yang kenyal, lembut dan rangup di luar. Kebiasanya kuih bom bijan menggunakan adunan tepung dengan campuran garam je dan di uli menjadi doh untuk digoreng. Jarang kita jumpa yang buat perisa pandan kan. Jadi apa kata hari ni kita cuba resepi kuih bom bijan pandan pula hari ni.

Sesekali sekala bolehlah buat berlain rasa. Pasti bertambah selerakan. Selain tu, kuih bom bijan ni juga dibuat dengan inti kacang hijau. Yang selalu kita makan ialah inti kelapa atau kacang merah. Sedap sangat untuk dinikmati bila dimakan panas-panas.

Cara penyediaan resepi bom bijan pandan ni sangat simple dan mudah. Kalau buat sendiri sangat jimat dan berbaloi. Boleh buat banyak-banyak dan makan puas-puas. Kadang-kadang tu nak lagi mudah boleh beli je inti yang dah dijual siap. Kita hanya buat doh tepung je.

Tapi kalau nak buat sendiri inti pun boleh juga. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Boleh je follow step by step resepi kat bawah ni. Kuih bom ni menggunakan tepung gandum dan juga tepung pulut. Bila dah siap digoreng testurnya sangat lembut dan kenyal.

Manakala nak dapatkan perisa pandan, boleh gunakan pandan emulco dan pandan ataupun kisar daun pandan dengan air. Lepas tu boleh tambahkan perwarna hijau untuk dapatkan warna yang lebih cantik ketara. Resepi kuih bom bijan pandan yang dikongsikan di laman facebook Cik Puan Nor Al Fatihah ni memang menarik minat orang ramai untuk mencuba.

 

RESEPI KUIH BOM BIJAN PANDAN

Jika mengikut sukatan resepi ini, boleh dapatkan 32 biji kuih dengan saiz yang sederhana besar. Kalau nak lebih boleh gandakan sukatan tersebut. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi kuih bom bijan pandan ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
Bahan Inti :
  • 1/2 cawan kacang hijau (rendam selama 2 jam)
  • 1 keping gula melaka
  • 3 sudu besar gula pasir @ secukup rasa
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

 

Bahan doh kuih bom : 
  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 3/4 cawan air daun pandan (blend 3/4 cawan air dgn 2 helai daun pandan & tapiskan)
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Beberapa titik pewarna hijau epal
  • Bijan putih & bijan hitam secukupnya
CARA PENYEDIAAN KUIH BOM BIJAN PANDAN :
Cara penyedian inti kacang hijau : 

▶️ Toskan kacang hijau & rebus hingga lembut.

▶️ Bila air agak kering & kacang sudah lembut, masukkan gula melaka, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau lagi hingga gula2 larut.

▶️ Akhir sekali, campur tepung gandum & kacau hingga kering, tapi jangan terlalu kering. Sejukkan di dalam peti ais selama 3 jam. Gentel bulat-bulat sebesar biji guli.

 

Cara penyediaan doh kuih bom : 

▶️ Satukan tepung pulut, tepung gandum & garam. Kemudian, kacau gula bersama air daun pandan. Tuang ke dalam tepung.

▶️  Campur pewarna hijau. Gaul hingga menjadi doh yang agak lembut. Dohnya seperti doh buah melaka/onde2.

▶️ Ambil sedikit doh, leperkan. Letak inti kacang, tutup kemas & gentel bulat.

▶️ Golekkan ke dalam bijan hingga bersalut rata. Kemudian, gentel lagi supaya bijan melekat kuat pada bom.

▶️ Rehatkan kuih bom semalaman di dalam peti ais. Goreng di dalam minyak yang panas hingga kekuningan, guna api sederhana kecik.

▶️ Hidangkan panas-panas.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Arab Ikan Neelofa Yang Super Marvelous Dan Padu. Tengok Pun Dah Terliur!

 

Tada! Dan siap! Nampak menyelerakan sungguh kuih bom bijan perisa pandan ni. Bila dimakan panas-panas memang sedap sangat. Memang kombinasi yang sedap perisa pandan dan dimakan dengan inti kacang hijau ni.  Boleh juga dihidangkan bersama kopi pasti membangkitkan lagi selera anda.

Kuih ni sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak buat waktu sarapan ataupun minum petang pun boleh. Yang menarik kuih ni, teksurnya yang kekal lembut walau dah sejuk hingga bawa ke petang. Rasa still sama. Hidangkan pada keluarga pasti mereka akan suka.

Selain tu, nak tukar inti kacang hijau kepada inti kadang merah atau kelapa pun tak jadi masalah. Boleh ikut selera masing-masng. Semoga dengan perkongsian resepi kuih bom binjan pandan ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.