Resepi Shell Out Homemade Dan Butter Corn Rice. Lagi Special Dari Hidangan Dikedai!

0 1,083

Bagi penggemar seafood, anda pasti suka dengan resepi ni. Tengok pun boleh buat kecur air liur. Resepi shell out seafood homemade dan butter corn rice yang simple dan padu ni memang sangat sedap. Secukup rasa dengan rasa masin, masam manis dan pedas. Anda wajib boleh cuba dirumah nanti.

Kat kedai memang susah nak dapat macam ni. Kalau buat sendiri ni dapatlah buat kuah pekat likat, bahan selambak dengan segala macam seafood yang anda suka dan sayuran semua lengkap. Kuahnya lebih kepada rasa manis pedas dan aroma rempah. Ni yang bertambah selera dibuatnya.

Selain tu, shell out homemade ni juga lebih jimat, malah dapat makan santai-santai dan beramai-ramai dengan keluarga. Masa mula-mula diperkenalkan shell out ni memang orang menggila. Dan sampai sekarang masih lagi digemari. Sebab shell out ni menggabungkan segala jenis seafood dalam satu jenis makanan.

Dalam hidangan ni bukan hanya seafood je, boleh juga kalau anda nak tambah ikan. Kuahnya sedap sebenarnya dimakan dengan ikan. Sebelum mula buat kuah, ikan perlu digoreng dulu. Begitu juga seafood yang perlu direbus atau dicelur. Perkongsian menu ni juga dilengkapi dengan resepi nasi juga. Menjadikan ianya sangat special.

Pelbagai perkongsian resepi shell out. Namun salah satu resepi yang sedap anda boleh cuba perkongsian daripada Cik Puan Aya Hushin. Kuahnya sangat pekat dan sangat menarik selera. Nak masukkan apa-apa jenis seafood dan sayur anda suka pun. Terpulang pada citarasa anda masing-masing.

 

RESEPI SHELL OUT HOMEMADE DAN BUTTER CORN RICE

Bahan-bahan yang digunakan mudah je. Semua bahan yang selalu kita gunakan didapur sahaja. Anda boleh je sukat bahan ikut seberapa banyak kuah yang anda ingin buat. Kuah tu pula pastikan sepadan dengan seafood. Jangan kurang dan tak sepadan dengan kuantiti seafood sebab takut tak berasa pula.

Bahan-bahan yang perlukan :  
Bahan kuah shell out :
  • 2 sudu udang kering (diblend)
  • 1 ketul kiub pati ikan bilis (diblend)
  • 2 biji bawang merah (diblend)
  • 4 ulas bawang putih (diblend)
  • 2 senduk cili (diblend)
  • Halia (diblend)
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit susu cair
  • 2 ulas bawang putih (potong dadu halus)
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu asam jawa
  • 1/2 biji lemon (untuk perah atas bila dh siap hidang)
  • 2 sudu butter/planta
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Garam
  • Gula

 

Bahan butter corn rice :
  • 2 cawan basmathi (rendam 1/2jam)
  • 1/2 batang jagung(hiris)
  • 2 sudu butter/planta
  • secubit garam

CARA PENYEDIAAN SHELL OUT HOMEMADE DAN BUTTER CORN RICE :
Cara penyediaan kuah shell out : 

▶️ Masuk butter/planta, tumis bawang putih dipotong dadu, daun kari dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang diblend.

▶️ Masuk cili blend kacau. Kacau sampai pecah minyak.

▶️ masuk sos cili dan sos tiram, dan asam jawa. Kemudian kacau lagi. Masukkan susu cair dan sedikit air rebusan ketam, masak sampai pekat.

▶️ Last sekali masuk perasa kacau sekata, dan masuk semua bahan basah yang dah direbus tadi kacau-kacau siap.

▶️ Boleh dihidang, tabur jagung dan sayur yang anda suka, lepas tu perah lemon kat atas.

 

Cara penyediaan butter corn rice :

▶️ Cairkan butter dan masuk kedalam beras yang dah dibasuh kedalam rice cooker.

▶️ Masuk jagung dan garam. Masuk air dan sukat macam biasa.

▶️ Masak sehingga nasi masak, dah boleh dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Biskut Brownies Nutella Yang Super Delicious. Kudapan Yang Crunchy Dan Bikin Anda Tak Berhenti Menguyah!

 

Sedapnya makan shell out dari air tangan sendiri ni. Rasanya juga anda pun boleh ajustnya sendiri. Nak letak udang, sotong ketam yang besar pun tak menjadi masalah. Kalau makan kat luar risau nak order. Takut bajet lari. So buat kat rumah lagi berbaloi-baloi. Anda wajib cuba tau!

Kalau nak buat makan besar dengan keluarga memang sesuai sangatlah. Sekejap je masak. Selain ianya sedap dan enak di makan. Malah hidangan yang santai-santai ni dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga anda. Lagi ramai berkumpul lagi bertambah lah selera makan.

Lepas nie kalau dapat berkumpul ramai-ramai sekeluarga bolehlah buat resepi shell out dan butter corn rice yang sedap dan padu ni. Hidangkan atas daun pisang barulah nampak lajen cikit. Semoga resepi ni dapat memberi anda manfaat dan inpirasi untuk anda mencubanya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.