Resepi Shashuka Mediterraean A.k.a Kacang Pool Yang Pasti Sedap Dan Menyelerakan. Anda Wajib Cuba!

0 471

Kalau buntu nak mencari inpirasi resepi? Apa kata anda cuba satu resepi shashuka mediterraean yang sangat unit ni. Bagi yang tidak pernah mencuba hidangan ni, boleh je follow resepi yang di kongsikan step by step. Pasti anda akan teruja dengan rasanya nanti. Rasa hidangan shashuka mediterraean ni sangat sedap dan lazat sekali.

Resepi shashuka mediterraean merupakan hidangan telur pecah dalam sos tomato yang dilengkapi dengan ramuan dan rempah yang sangat padu. Hidangan ni juga sangat popular di Timur Tengah dan ianya juga telah menjadi makanan kesukaan di merata tempat.

Hidangan shashuka mediterraean menggunakan telur, daging kisar dan pelbagai jenis rempah menjadikan resepi ni sangat sedap dan padu. Malah cara penyedian resepi shashuka mediterraean simple je lebih kurang cara penyediaan resepi kacang pool. Campak-campak je dah siap!

Kesedapan shashuka mediterraean ni juga terletak pada aroma dan rasa lemak manis, masam dari kuah tomatonya. Tidak mustahil hidangan ni menjadi kesukaan ramai. Menu shashuka mediterraean akan dihidangkan dengan roti yang dibakar. Bila roti bakar dicicah dengan kuah ni memang layan. Hidangan ni juga sesuai disajikan untuk minum petang bersama keluarga.

Kepada yang ingin mencuba resepi shashuka mediterraean boleh ikut step by step yang di tunjuk ini. Resepi yang sedap ni dikongsikan oleh En Keroroyz Royz. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang unit dan istimewa. Hidangkan pada suami dan anak-anak pasti mereka akan suka.

 

RESEPI SHASHUKA MEDITERRAEAN 

Selain rasa yang sedap, aroma yang wangi juga dapat membangkitkan selera untuk makan. Pasti anda pun dah tak sabar ingin mencubanya. Tanpa membuang masa apa kata anda tengok resepi yang dikongsikan dan bagaimana cara penyediaan resepi ini.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 500g daging/ayam kisar
  • 1 labu bawag besar (dicincang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji capsicum (didadukan)
  • 1 biji tomato (didadukan)
  • (300g) sos spageti tomato
  • (240g) kacang merah/kacang kuda
  • 1 gelas air
  • Garam & gula secukup rasa
  • 6 biji telur
  • 2 sudu daun parsley (dihiris)
  • 2 sudu daun pudin/basil (dihiris)

Bahan rempah :
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk paprika
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp chili flakes/serbuk cil
  • 1 sudu serbuk cayenne pepper- optional
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp chili flakes/serbuk cili
CARA PENYEDIAAN SHASHUKA MEDITERRAEAN  :

▶️ Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Diikuti dengan bawang putih hingga wangi.

▶️ Masukkan daging kisar, besarkan api. Dan goreng hingga daging keperangan.

▶️ Masukkan kesemua serbuk rempah, capsicum, tomato, sos spageti, kacang merah & air, kacau sebati dan biarkan kuah menjadi pekat lebih kurang 10min dengan api sederhana. Perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Guna senduk, buat lubang didalam kuah dan pecahkn telur. Jarakkn telur antara 1 sama lain.

▶️ Kecilkan api tutup kuali hingga telur putih masak. Bila telur nampak hampir masak matikan api, taburkan parsley dan pudina/basil. Hidangkan dgn roti bakar atau pita.

 

BACA JUGA: Resepi Sayur Taugeh Ala Chiken Rice Shop Yang Super Delicious. Menggunakan Bahan Yang Ada Di Dapur Anda Sahaja!

 

Wah dan siap! Nampak gambar pun sungguh menyelerakan. Resepi ni memang sedap dimakan panas-panas. Rasa manis, masam dan masim secukup rasa. Rasa bahang pedas dari ramuan rempah pun cukup lengkap. Bila dicicah dengan roti memang terangkat habis.

Jika masak menu ni, jangan sampai telur overcook. Bila dah nampak telur putih mula masak. Terus tutup api. Memang sedap dimakan bila telur kuning tu masih cair. Hidangan yang istimewa ni juga boleh dihidangkan pada rasa tetamu. Resepi yang simple dan cukup mudah untuk dinikmat.

Memang tidak renyah. Tidak perlu menyediakan bahan-bahan sampingan lain. Cukup menu ini sahaja untuk dihidangkan pada tetamu. Jadi bagi anda yang ingin mencuba boleh follow resepi yang dikongsikan ini. Semoga dengan perkongsian resepi shashuka mediterraean dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.