Resepi Kuih Daging Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. Hidangan Kegemaran Seisi Keluarga!
Pernah cuba resepi kuih daging? Kuih daging merupakan kuih yang sangat unik yang pasti ramai penggemarnya. Kulit kuih daging ini menggunakan keledek dan mempunyai inti terdiri daripada daging serta sayuran seperti kentang, daun bawang dan carrot.
Inti kuih ini menggabungan antara daging kisar, rempah kari daging dan rempah kurma. Menjadikan kuih ini sangat sedap dan terasa rempah ratusnya. Pelbagai juga rasa yang ada dalam kuih daging ini. Seperti pedas dari hirisan cili, manis bawang holland, dan lemak manis dari kentang dan carrot itu sendiri.
Walaupun inti kuih daging ini keakan sama dengan inti karipap namun kuih ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ianya menggunakan keledek sebagai kulitnya. Sebelum digoreng kuih daging akan disalut dengan serbuk roti. Bila dimakan sangat rangup diluar dan lembut didalam.
Cara penyediaan kuih daging ni tidak lah susah, ianya tidak memerlukan masa untuk menunggu doh ini kembang. Bila dah siap menguli terus boleh masuk inti dan siap untuk digoreng. Kuih daging ni bagus untuk anak-anak tau. Nak paksa anak-anak makan sayur memang susah, jadi mak-mak mesti bijak dalam mempelbagai menu untuk mereka.
Kuih daging ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Nasriah Ramli melalui lama facebooknya. Lepas ni dah boleh buat kuih daging kat rumah. Kuih daging ini juga sesuai untuk dihidang untuk saparan pagi ataupun minum petang anda bersama keluarga.
RESEPI KUIH DAGING
Kuih daging ni syok dimakan panas-panas suam dan dihidangkan bersama kopi atau teh 0. Ditambah pula dengan ini inti daging yang pedas berempah. Sedap sangat! Tanpa buang masa lagi. Jom kita follow step by step cara penyediaannya disini.
Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan Inti :
- Daging
- Rempah kari daging
- Rempah kurma
- Daun bawang/ daun sup
- Kentang & carrot
- Bawang holland
- Cili merah
Bahan kulit :
- Keledek
- Gandum
CARA PENYEDIAAN KUIH DAGING :
▶️ Tumis hirisan bawang putih dan merah sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kurma yang dibancuh dengan air. Kalau sebati.
▶️ Masak sampai pecah minyak. Kemudian masukkan daging. Masak sampai empuk.
▶️ Masukkan kentang dan carrot. Dan masukkan garam dan gula secukupnya.
▶️ Akhirnya masukan bawang holland, daun bawang, cili merah dan daun sup. Gaul rata kesemua bahan tersebut.
▶️ Ketepikan. Biarkan sejuk.
▶️ Kemudian beralih pula cara untuk buah kulit. Rebus keledek bersama sikit garam hingga empuk. Lalu ianya dilenyek halus dan biarkan ianya sejuk.
▶️ Masukkan tepung gandum uli sehingga doh tidak melekat ditangan. Gentel adunan letak inti di tengah lalu dibulat atau dilonjongkn bentuknya.
▶️ Panaskan minyak. Digolek-golek doh kedalam serbuk roti.
▶️ Kemudian, goreng menggunakan api yang perlahan supaya serbuk roti tidak mudah hangus.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Asam Pedas Ayam Style Melaka Yang Simple. Sekali Makan Boleh bertambah nasi dibuatnya!
Siap untuk dihidang. Waah! Special pula hidangan untuk anak-anak hari ini. Dapat makan kuih daging yang sedap ini. Kalau ada lebihan inti boleh juga digunakan untuk membuat kuih karipap tau. Rasanya juga pada enak dan pasti keluarga anda suka.
Nampak sangat menyelerakan! Nak buat pun senang. Kuih daging ini juga boleh disajikan pada tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Bila dihidangkan kuih daging pasti mereka berselera makan. Anda juga boleh buat banyak-banyak dan dijadikan makanan frozen. Bila nak makan boleh terus goreng.
Save dulu resepi ni, bila ada kelapangan boleh cuba nanti. Nak guna apa jua sayur pun boleh. Semoga pengkongsian cara menyediakan kuih daging ini dapat memberikan manfaat pada semua. Boleh share juga resepi ini kepada sahabat supaya sama-sama mendapat manfaat dari resepi ini. Selamat mencuba!