Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap, Sangat Mudah Untuk Dibuat Walaupun Pertama Kali Mencuba!
Kuih keria mula femes di melaka, sehinggakan ramai yang beratur panjang untuk membeli kuih keria semata. Kalau yang pernah makan pasti tahu kesedapan kuih ini. Dah ada yang bersedia nak tahu Resepi Kuih Keria yang mudah dan tak perlu beratur panjang setiap kali nak makan?
Di melaka kuih keria gula melaka memang sangat femes, rata-rata yang pernah makan akan cakap sedap. Tapi, kali ini kuih keria kita tak guna gula melaka tapi kita guna gula putih untuk sira kuih keria tersebut.
Kalau tengok kuih ni bentuk dah macam mini donut dan rasa dah macam kuih cek mek, cuma berbeza dari segi bentuk dan cara masak je. Tak perlu nak terbang jauh ke melaka kalau dah pandai buat sendiri kuih ni.
Nak buat kuih ini tak perlu bahan yang banyak cuma perlu ada bahan utama iaitu ubi keledek, tepung dan gula. Ada ke yang tak kenal ubi keledek? Ubi keledek isinya warna oren, jangan silap beli ubi yang lain pulak.
Nak buat kuih keria ni sangat senang, bukan sahaja senang tapi sedap pulak tu. Resepi kuih keria kali ini telah dikongsi oleh saudari Siti Husni. Jom kita tengok bahan dan cara membuat kuih tersebut.
RESEPI KUIH KERIA
Biasanya kita tengok kuih keria disira dengan gula melaka, cuma kali ini kuih keria akan disira dengan gula putih. Rasanya tetap sedap, walaupun menggunakan gula putih untuk sira kuih tersebut.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1kg ubi keledek oren
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
- 1/2 sudu majerin/planta (optional)
- 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk sira gula:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH KERIA :
▶️ Mula-mula basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan sehingga hancur.
▶️ Seterusnya, masuk semua bahan yang lain dalam keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
▶️ Sapu tangan dengan minyak kemudian buat bulat-bulat kecil dan tekan buat lubang ditengah-tengah seperti donut.
▶️ Apabila dah siap semua, panaskan minyak dengan api sederhana besar dan gorengkan keria sampai nampak warna kekuningan golden baru boleh angkat dan ketepikan.
▶️ Kemudian, masukkan gula dan air kedalam kuali dengan api sederhana. Masak gula sehingga mendidih dan berbuih. Kacau sampai pekat dan bertali. tutup api.
▶️ Akhir sekali, masuk kuih keria tadi. Gaul-gaul cepat-cepat bagi sira gula bersalut rata semua kuih keria sehingga gula kering di seluruh kuih keria.
BACA JUGA : Resepi Yee Mee Sizzling Homemade Sedap. Lagi Sedap Apabila Dibuat Sendiri!
Mudah bukan nak buat kuih keria ni, tak perlu merentas negeri nak makan kuih keria je. Sedap bila dapat hidang untuk minum petang dengan teh O panas, makan pula ramai-ramai dengan keluarga lagi buat kuih ini bertambah sedap.Untuk mendapatkan kuih keria tetap garing dan tidak lembik, jangan tutup bekas yang berisi kuih selepas disira dengan gula masa tengah panas-panas lagi, nanti kuih akan menjadi lembik dan gula akan cair.
Resepi kuih keria sangat sesuai kalau ibu-ibu yang pertama kali ingin cuba buat sebab caranya sangat mudah dan bahan-bahan pon mudah untuk dicari. Follow je resepi ni mesti menjadi. Jangan lupa mencuba!