Cara Buat Kek Marble Sukatan Cawan. Lembut Dan Gebu. Sekali Cuba Garenti Menjadi!
Ada ke ibu-ibu yang tak pandai buat kek? Berkali-kali buat tak menjadi juga, mesti rasa sedih ye. Cara Buat Kek Marble kali ni sangat mudah dan senang untuk ibu-ibu mesti puas hati dengan hasilnya. Kek marble ni antara kek yang sedap dan dan tak muak.
Kek marble salah satu kek yang mudah untuk dibuat, senang cerita kek marble ialah kek basic untuk sesiapa yang nak mula belajar membuat kek. Cara buat kek marble pun tak begitu susah.
Kebiasaanya kek marble mempunyai corak dipermukaan dengan lukisan marble menggunakan adunan kek coklat dan vanila. Tapi sekarang kek marble telah divariasi dengan pelbagai corak dan rasa yang pelbagai mengikut citarasa sendiri.
Kek marble kek yang basic yang sedap dimakan dan tidak muak kalau makan banyak sekali pun. Tekstur kek marble sangat ringan dan moist membuat ramai yang menyukainya.
Jika ada lebihan bahan-bahan kek boleh cuba resepi kek marble mantap ni dari perkongsian Fa Phong ni. Resepi ini lebih memudahkan dengan sukatan cawan dan tidak perlu menggunakan penimbang dah.
RESEPI KEK MARBLE MANTAP
Kalau kita perasan mak-mak kita sangat sukakan kek marble ni. Kalau ikutkan kek marble ni simple je tak ada apa yang menarik, tapi mak-mak kita suka makan.
Yang mana kata kek ni tak sedap dia kena try dulu baru tahu rasa sedapnya macam mana.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1buku buttercup
- 6 biji telur
- 1 ¾ cawan gula perang
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
- 2 sudu makan ovalette
- Esen vanila
- 10 sudu makan susu tepung
- Sedikit serbuk koko
CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE :
▶️ Mula-mula, cairkan buttercup dan ketepikan.
▶️ Didalam satu bekas masukkan gula dan ovalette. Putar sekejap.
▶️ Seterusnya, masukkan telur Dan esen vanila. Pukul sekejap.
▶️ Masukkan tepung gandum, baking powder dan susu tepung sedikit demi sedikit. Bila sudah sebati, Pukul dengan kelajuan laju selama 7 minit sehingga adunan kental.
▶️ Akhir sekali masukkan buttercup yang dicairkan tadi. Kaup balikkan sahaja.
▶️ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian putih dan satu lagi adunan Yang dimasukkan serbuk Koko.
▶️ Cara untuk masukkan adunan ke dalam loyang dengan masukkan adunan putih dahulu dalam 1 senduk ditengah-tengah loyang.
▶️ Selepas itu, masukkan adunan coklat ditengah-tengah adunan putih. Buat berselang seli sehingga adunan habis.
▶️ Kemudian, lorekkan adunan dengan menggunakan lidi sehingga menjadi corak.
▶️ Boleh taburkan coklat chip diatas permukaan adunan kek tadi.
▶️ Bakar kek selama sejam dengan suhu 180c.
BACA JUGA : Resepi Nasi Kari Kambing Tin Adabi, Senang Nak Buat Dan Memang Wajib Dicuba !
Bau kek marble ketika tengah dibakar memang harum sangat, aromanya memang boleh dipenuhi satu rumah. Sekali sekala buat kek simple macam ni pun sedapkan? Kejadian kek marble elok sangat, memang tak hairanlah beginner pun boleh buat.
Kalau nak tahu kek dah masak ke belum boleh cucuk-cucuk dengan menggunakan lidi. Kalau dekat lidi tak ada adunan yang melekat pada lidi itu tandanya kek dah masak. Kek marble juga boleh dibuat dengan pelbagai warna untuk nampak lebih menarik lagi.
Tak hairanlah orang tua-tua suka makan kek marble dengan air teh, sebab kek marble ni sangat sedap dan tidak muak walau dimakan banyak pun. Cara Buat kek marble ni simple sangat ditambah dengan sukatan cawan lagi memudahkan. Ibu-ibu boleh mencubanya untuk minum petang, selamat mencuba!