Sebelum ni roti korea garlic cheese ni pernah jadi fenomena pada musim PKP tahun lalu. Sampaikan berlumba-lumba orang mencari cream cheese nak buat roti ni. Resepi Roti Korea Garlic Cheese ini sangat mudah, dah tak perlu order lagi boleh terus buat sendiri.
Apa makanan yang viral dari korea pasti akan jadi fenomena sampaikan habis cream cheese diborongnya untuk buat roti ni sahaja. Tapi tak hairanlah boleh viral sebab memang sedap.
Makanan yang mengandungi cheese ni memang sangat sedap dimakan, tambah pulak dah memang pengemar cheese pasti akan jadi makanan favourite. Siapalah tak suka cheese kan, rasa lemak masam boleh buat orang ketagih.
Roti korea garlic cheese ni, akan disiram dengan garlic butter sebelum dibakar. Sebab itu baunya sangat harum, macam makan garlic bread tu cuma roti yang digunakan bukan roti yang keras dan dibahagian dalam pula sudah dipiping dengan cream cheese.
Setiap gigitan roti korea garlic cheese ni memang akan terasa kelembutan roti dengan rasa garlic butter dan cream cheese yang melimpah ruah didalam. Resepi ini telah dikongsi oleh Tyra Manan.
RESEPI ROTI KOREA GARLIC CHEESE
Untuk roti boleh sahaja kalau nak uli sendiri, jadi roti lebih enak dan lembut kalau dapat buat sendiri roti tu. Dalam resepi kali ini kita cuma gunakan roti burger sahaja, lebih senang dan mudah untuk ibu-ibu yang tidak punya banyak masa untuk menguli doh.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Roti buger
Bahan garlic butter :
- Bawang Putih – Cincang
- 100g butter
- 2 sudu makan mayonis
- 1 biji telur
- Parsley
CARA-CARA PENYEDIAAN GARLIC BUTTER
▶️ Cairkan butter dan biarkan sejuk sikit baru campurkan semua bahan tadi. Kacau rata dan ketepikan.
Bahan inti cream cheese :
- 250g cream cheese
- 2 sudu makan susu pekat
CARA-CARA PENYEDIAAN INTI CREAM CHEESE
▶️ Mix cheese dengan susu pekat sampai sebati dan masukkan dalam piping bag.
CARA-CARA PIPEKAN CHEESE :
▶️ Ambik roti burger potong 6 bahagian Di bahagian atas roti dan jangan putus.
▶️ Pipekan into cream cheese dicelah-celah roti yang dah dibelah.
▶️ Kemudian, sapu sos garlic tadi tu kat atas roti.
▶️ Bakar suhu 150-160 selama 10-15 minit. Ikut la oven masing-masing.
BACA JUGA : Resepi Sambal Bilis Kering. Sambal Yang Serbaguna Dan Mudah Dibawa Kemana-mana Untuk Penambah Selera!
Tak sampai sejam nak buat roti viral ni, senang, cepat dan sedap. Sesuai sangat untuk dihidangkan pada waktu sarapan dan minum petang. Silap-silap tak sempat petang dah habis dibedal.
Bukan susah pun nak buat roti Korea garlic cheese ni, boleh gunakan roti burger, roti sosej atau roti slice pon boleh. Lebih menjimatkan masa, jika ibu-ibu lebih suka roti yang diuli sendiri boleh uli siap-siap dan bakar roti tersebut.
Roti Korea garlic cheese ni memang viral, walaupun tak semua orang suka makan makanan korea tapi pasti ramai yang suka makan rotikan. Jadi ibu-ibu bolehlah follow resepi ini, selamat mencuba!