Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Yang Padu. Bikin Selera Makan Bertambah-Tambah!
Ikan siakap merupakan antara ikan yang sangat digemari ramai. Boleh digunakan dalam pelbagai resepi seperti ikan siakap stim, kengsom, tomyam sebagainya. Memang patut lah ikan ini jadi kesukaan! Jom apa kata hari ini kita masak resepi ikan siakap sambal kicap pedas thai yang owesome. Kalau makan kat kedai tak standing jika buat dirumah. Boleh ubah mengikut selera masing-masing.
Kalau buat masakan thai biasanya bahan memang meriah. Ramuan mestilah lengkap. Supaya rasanya ada masam, manis, masim dan pedas. Pendek kata memang secukup rasa. Tambahan lagi kalau masakan thai wajib ada cili, limau atau cuka. Barulah hidangan itu lengkap.
Cara buat ikan siakap kicap pedas ni simple je dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Boleh didapati didapur anda sahaja. Tapi bila dan siap dimasak terasa seperti makan di restoren thai kayangan je. Cukup rasa dengan kesedapnya.
Resepi ini sesuai juga dihidangan pada bila-bila masa. Nak jadikan menu tengahari ataupun menu makan makan pun boleh. Makan dengan nasi putih pun dah cukup. Dah tak pandang lauk lain dah. Selain ikan siakap anda juga boleh guna ikan bawal, ikan kembung, ayam dan macam-macam lagi. Rasa pun pasti enak.
Bagi anda yang meminati masakan thai, anda boleh lah cuba resepi ikan siakap sambal kicap pedas thai yang mudah dan padu ni. Ni kalau sekali cuba memang nak lagi! Jadi kalau nak tahu, boleh lah baca resepi yang dikongsikan oleh Liza Idris. Boleh lah dicuba lunch nanti.
RESEPI IKAN SIAKAP SAMBAL KICAP PEDAS THAI
Paling padu juadah ini ialah kuah nya. Sedap kalau gaul dengan nasi. Cukup rasa masam, manis, dan pedas. Rasa dah tak sabar nak mencubanya. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi siakap ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 5 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 ke 5 biji cili api (dikisar)
- 2 sudu cili kisar
- 2 sudu cuka
- 5 sudu kicap biasa
- 1 sudu maggie cukup rasa
- Sedikit sayur kubis dan carrot
- Daun sup dan daun ketumba
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP SAMBAL KICAP PEDAS THAI :
▶️ Lumur ikan dengan serbuk kuning. Dan goreng sehingga gareng.
▶️ Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.
▶️ Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.
▶️ Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa.
▶️ Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau.
▶️ Masuk 1 cawan air. Letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.
▶️ Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.
▶️ Perasakan dengan maggie cukup rasa. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi.
▶️ Simbah atas ikan siakap tadi.
▶️ Siap!
BACA JUGA: Resepi Murtabak Roti Daging Chesse Yang Padu. Sedap Makan Panas-Panas Dengan Cheese Leleh!
Tada dah siap! Kalau anak-anak dan suami rindu nak makan kedai thai musim pkp ni. Maka mak-mak boleh masak je resepi ini rumah. Confirm meraka puji tanpa henti. Memang sedap dengan ikan yang goreng garing. Dan sambal kicap nya dituang ke atas ikan. Sepinggan nasi confirm tak cukup.
Lagi puas hati buat sendiri dengan bahan yang meriah dan banyak kuah. Silap-silap dimintanya berulang kali sampai tak nampak kedai thai lagi dan lepas ini. Selain masakan ini sedap ianya juga sangat jimat. Kalau makan kat kedai, satu hidangan ni menjejas RM 30 hingga 40 dah.
Semoga perkongsian resepi ikan siakap sambal kicap pedas thai. Yang dikongsikan ini memberi manfaat. Ikut bahan-bahan dan stepnya sebiji-sebiji. Pasti menjadi rasanya macam kedai thai. Share juga pada kawan-kawan supaya sama-sama mendapat manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.