Resepi Pulut Sekaya Pandan Lmak Manis, Sedap Dimakan Pada Waktu Minum Petang!

0 1,529

Pulut sekaya atau kuih seri kaya kalau ditengok seperi kuih seri muka, dengan warna hijau di atas dan pulut di bahagian bawah. Resepi yang ingin kami kongsikan kali ini ialah Resepi Pulut Sekaya Pandan yang lembut dan lmak berkrim.

Pulut sekaya kalau tengok dari segi rupa lebih kurang sama dengan kuih seri muka. Tapi sebenarnya agak berbeza kerana kuih pulut sekaya kali ini akan diba.kar dan tidak dikukus. Bahagian atas pulut akan garing sedikit.

Kalau ada yang perasan kuih ini ada dua versi iaitu pulut sekaya yang ada pulut di bahagian bawah dan sekaya telur tidak ada pulut hanya bahagian atas sahaja. Rasanya sama cuma perbeza dari segi pulut sahaja.

Kuih ini biasanya berwarna perang bukan hijau, biasanya di Kelantan femes sekaya yang berwarna coklat, dicampur dengan gula melaka sangat sedap dan manis sekali. Ada juga sekaya yang berperisa pandan yang berwarna hijau.

Kuih ini biasanya orang tua-tua yang suka makan, sekarang sangat susah nak dapatkan kuih ini sebab jarang ada orang jual. Resepi kuih pulut sekaya telah dikongsi oleh Azie Man, cara yang mudah untuk buat kuih pulut sekaya ini.

 

RESEPI KUIH PULUT SEKAYA PANDAN

Bahagian atas kuih ini banyak menggunakan telur, jadi dibahagian atas rasanya lebih lembut dan lmak manis seperti rasa puding caramel telur cuma puding caramel tidak dimasukkan santan tapi susu.

photo6219909108094578441.jpg (550×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :

( Loyang saiz 10×10)

Bahan-bahan untuk pulut
  • 500 gram beras pulut biasa (rendam semalaman)
  • 2½ cawan santan
  • Sedikit garam

 

CARA-CARA PENYEDIAAN PULUT

▶️Mula-mula sapu sedikit minyak pada loyang dan alas dengan plastik mengikut ukuran loyang.

▶️ Kukus semua bahan dalam loyang, nanti kaup-kaup dan tekan-tekan sahaja dalam loyang tersebut.

photo6219909108094578440.jpg (591×1280)

Bahan-bahan untuk sekaya
  • 5 Biji Telur Gred A
  • 2 Sudu Besar membukit Tepung Gandum
  • 1 Sudu Besar tepung jagung
  • 1 Sudu Besar tepung Kastad
  • 1½ Cawan Santan Pekat
  • 1 Cawan Pati Pandan
  • 6 Sudu Besar Gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit serbuk kayu manis

 

CARA-CARA PENYEDIAAN PULUT SEKAYA

▶️ Blend smua bahan dan tapiskan.

▶️ Larutkan sekejap di atas api, nampk agak pekat padamkan api.

▶️ Selepas itu, masukkan kedalam loyang pulut yang dikukus tadi. Kukus sebentar dalam 15minit sahaja.

▶️ Angkat dan masukkan dalam oven. Ba.kar dengan teknik water bath sampai nampak keperang-perangan dan guna api atas sahaja dengan suhu yang tinggi.

 

BACA JUGA : Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood Super Sedap, Seperti Makan Di Restaurant Mahal Dan Lebih Jimat Buat Sendiri!

 

Bila dan siap, tunggu sejuk sekejap baru boleh po.tong. Nampak sedap sangat, kalau budak-budak pasti makan bahagian atas yang lembut lmak manis pastu bagi bahagaian pulut kat ibu. Buat makan untuk sarapan pagi dan minum petang memang sesuai sangat.

83466432728292023.jpg (1200×800)

Jika tak ada perisa pandan atau daun pandan boleh sahaja tukar kepada gula melaka, rasanya akan sedap dan manis seperti gula melaka. Kalau tidak suka dengan pulut, boleh guna resepi bahagian atas dan jadikan sekaya telur.

Kuih ini sangat digemari oleh orang-orang tua, kalau nak pergi melawat mereka boleh bawak sebagai buah tangan. Ibu-ibu boleh follow dan mencuba resepi kuih pulut sekaya pandan yang sedap ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.