Resepi Masak Tahun Atau Taun Ayam Yang Sangat Unik Dan Istimewa. Menu Yang Sedap Pasti Menjilat Jari Dibuatnya!

0 489

Resepi masak tahun atau taun ayam merupakan antara menu yang sangat unit dan sangat sedap yang mana pasti ramai orang tidak pernah masak ataupun pernah rasa hidangan ini. Bagi yang tidak pernah try. Apa kata hari ini anda cuba resepi masak tahun/taun ayam. Pasti akan teruja dengan hasilnya nanti.

Masak tahun/taun ayam dikatakan makanan tradisi orang Jawa. Masakan ini memang sangat pedas hasil daripada cili padi ataupun cili burung. Sekali imbas, masakan ini seakan masak lemak cili api tetapi kuah ayam ini sedikit cair berbanding masak lemak cili api.

Walapun ia hampir sama dengan masak lemak cili padi. Namun dari segi penyediaan masakan ini berbeza. Yang unik tentang masakan ini ayam akan digoreng terlebih dahulu bersama cili, bawang dan lengkuas. Akhir sekali baru masukkan santan. Selain ayam, boleh juga gunakan lauk seperti kerang, kulit lembu, perut lembu, pedal ayam, hati ayam atapun ikan bilis.

Dikatakan makanan ini jika dipanaskan akan menjadi semakin sebati dan sedap. Kombinasi di antara santan dan lengkuas tu memang terbaik. Kebiasanya menu ini hidangkan pada hari raya sahaja. Mungkin nama masakan ini masak tahun iaitu sempena masak sekali setahun. Namun anda juga boleh hidangan menu ini pada bila-bila masa sama ada makan tengah hari atau makan malam.

Jika anda ingin mencuba resepi ini boleh follow step by step resepi yang dikongsikan oleh cik puan Noratiqah Nordin. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi hidangan yang istimewa ini. Katanya resepi ini diambil oleh emaknya dan menjadikan menu kesukaan beliau.

 

RESEPI MASAK TAHUN ATAU TAUN AYAM 

Dalam menyediakan masakan ini lengkuas ini digunakan agak banyak. Menjadikan masakan ini sangat unik dan menyelerakan. Anda pun pasti tak sabar nak mencuba resepi ini kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata tengok bagaimana resepi masak tahun atau taun ayam disediakan.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1/2 ekor ayam (digaul kunyit )
  • Cili segenggam (tumbuk)
  • 2 biji bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 kotak santan
  • Lengkuas (hiris) kene banyak
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Sedikit asam jawa
  • Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN MASAK TAHUN ATAU TAUN AYAM :

▶️ Panaskan minyak. Kemudian goreng ayam diparuh masak.

▶️ Mula-mula tumis cili dulu. Masak sehingga garing.

▶️ Kemudian masukkan lengkuas, bawang merah dan bawang putih. Gaul sehingga naik bau.

▶️ Masukkan ayam yang dah di goreng. Gaul rata.

▶️ Kemudian masukkan santan. Masukkan air ikut  kepekatan nak macam yang anda suka.

▶️ Dah masak sikit. Masukkan kiub ikan bilis asam jawa.

▶️ Last sekali masukkan garam dan gula sedikit. Gaul sebati.

▶️ Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Daging Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. Hidangan Kegemaran Seisi Keluarga!

 

Dah siap! Dan angkat nanti boleh terus dihidang pada keluarga. Masakan ini sangat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas pasti satu pinggan tak cukup. Walaupun menu agak pelik namun ianya mempunyai keenakkan yang tersendiri. Anda wajib cuba!

Kalau nak lebih sedap lagi anda digalakkan menggunakan santan segar. Tapi kalau nak guna santan kotak pun tidak menjadi masalah. Janji kena pandai agak. Tapi menu ni kauhnya agar cair berbanding masak lemak. Jadi tiada masalah dalam permilihan santan.

Yang pernah cuba mesti tahu keenakan dan keistimewaan resepi. Rasa lemak santan dan kegaringan ayam, boleh bertambah nasi dibuatnya. Semoga resepi masak tahun/taun ayam ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.