Resepi Donut Gebu Yang Enak, Rahsia Dapatkan Donut Montok Dan Boleh Buat Frozen Juga!

0 13,006

Suka sangat makan donut, kalau diikutkan nak buat donut ni senang sahaja. Bahan-bahan pun tidak banyak, cuma memerlukan teknik untuk mendapatkan tekstur donut yang sempurna dengan mengikuti Resepi Donut Gebu ini.

Cara buat donut ini nampak sangat mudah, tapi jika salah teknik donut tidak lembut, akan keras bila sudah sejuk, mudah menyerap minyak bila digoreng dan mengecut selepas digoreng. Ini antara punca kita takut nak buat donut kan.

Bahan yang penting dalam menghasilkan donut ialah yis. Yis adalah bahan penaik yang digunakan dalam pembuatan roti. Tanpa yis hasil donat akan meleper dan keras. Yis akan memberikan tekstur yang lembut dan spongy.

Doh donut perlu diuli untuk mendapatkan tekstur doh yang sempurna, supaya bila digoreng donut akan lembut dan gebu. Kalau nak tahu doh dah menjadi ke belum, pastikan doh sudah tidak melekat pada tangan.

Seronok anak-anak bila tengok ibu mereka buat donut, tambah pulak dapat donut yang gebu gebas macam pipi baby. Nak dapatkan   donut segebu pipi baby boleh cuba resepi dari Siti Nur Ain Omar.

 

RESEPI DONUT GEBU

Penting untuk doh direhatkan seketika, jangan bila siap uli doh terus digoreng. Perlu rehatkan doh sebentar sehingga doh naik satu kali ganda baru boleh digoreng. Masa itulah yis bekerja untuk kembangkan doh.

photo6237705863431302771.jpg (960×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Yis 1paket
  • Susu pekat 2sudu bsar
  • Majerin 4sudu besar
  • Air suam 1cawan
  • Tepung gandum 1kg
  • Sdikit garam

 

CARA-CARA PENYEDIAAN DONUT GEBU

▶️ Mula-mula bancuh yis dengan air suam dan masuk susu pekat. Kemudian tunggu sampai yis berbuih .

▶️ Satukan tepung gandum, majerin, dan garam. Gaul sebati . Masuk bancuhan yis tadi sikit-sikit agak tak  lekat pada tangan.

▶️ Kemudian tunggu sampai doh naik , tumbuk doh buang angin  baru bentukan doh bulat kecil-kecil.

photo6237705863431302775.jpg (720×960)

▶️ Nak saiz donut sama, timbang doh 25g dan bulatkan.

photo6237705863431302774.jpg (720×960)

▶️ Untuk membuat donut red velvet boleh tambahkan emulco merah red velvet didalam doh.

▶️ Biarkan doh naik dahulu baru lubangkan bahagian tengah donut.

▶️ Apabila doh sudah naik boleh goreng donut dan taburkan dengan topping kesukaan anda.

photo6237705863431302773.jpg (720×933)

▶️ Untuk frozenkan bakar 15 minit suhu 170°c. Boleh buat simpanan, bila nak makan terus goreng sahaja.

photo6237705863431302772.jpg (960×1280)

 

BACA JUGA : Resepi Brownies Biscoff Super Chewy, Mewah Dengan Rasa Coklat Dan Biscoff!

 

Bila banyak duk rumah mesti perut akan sentiasa lapar, senang bila ada stock kuih frozen ni. Lapar je goreng, mudah dan cepat sangat. Dapat pula makan donut yang lembut memang tak cukup satu lah.

788283939394.jpg (1200×800)

Donut legend ialah donut yang kita salutkan dengangula. Tapi sekarang macam-macam topping boleh dibuat untuk disalutkan dengan donut seperti coklat, caramel dan strawberry. Nak lagi meriah tabur coklat sprinkles diatas donut.

Mudah je nak buat donut, boleh pulak makan petang-petang lagi syok. Nak dapatkan donut yang gebu boleh cuba resepi donut gebu ini, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Buat sendiri boleh makan puas-puas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.