Resepi Sambal Bilis Kering. Sambal Yang Serbaguna Dan Mudah Dibawa Kemana-mana Untuk Penambah Selera!

0 10,053

Ramai yang suka makan sambal, sambal ada dua jenis iaitu sambal basah berkuah dan sambal kering. Tapi kali ni kami nak kongsikan Resepi Sambal Bilis Kering yang sangat mudah untuk dibuat.

Kalau tengok dikedai-kedai sudah banyak orang jual sambal kering ni, ada bermacam-macam jenama dan variasi sambal kering tapi kalau buat sendiri lagi sedap. Bukan susah pun nak buat sambal kering ni, bahan-bahan pun senang sahaja.

Sambal bilis kering ni bukan sahaja sedap dimakan, malah mudah untuk dibawa kemana-mana. Biasanya kalau anak-anak nak balik kolej ke atau pergi travel kemana-mana bolehlah ibu-ibu sediakan bekalan sambal bilis kering ni, sebab boleh tahan lama walaupun tidak disimpan didalam peti ais.

Resepi sambal bilis kering ini telah dikongsi oleh Siti Zubaidah Hassan. Sekarang ni memang ramai orang tergila-gila makan sambal bilis kering ni sebagai penambah selera semasa makan dengan rasa pedas dan crunchy ikan bilis goreng tu.

Bukan susah untuk sediakan sambal bilis kering ni dan bahan yang digunakan pun tidak banyak, dah la tahan lama siap boleh buat stock lagi dalam rumah. Makan dengan nasi panas pun dah sedap tak perlu nak lauk beria sangat.

 

RESEPI SAMBAL BILIS KERING

Dalam resepi ini bahan yang diguna tidak banyak hanya bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili kering sahaja. Bahan-bahan pun hanya perlu digoreng dengan minyak sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Cili kering
  • Sedikit garam halus
  • Ikan bilis ( goreng garing )
  • Bawang merah ( goreng garing)
  • Bawang putih ( goreng garing )
  • Kuantiti mengikut citarasa sendiri, jika ingin buat banyak banyakkan kuantiti bahan.

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS KERING

▶️ Mula-mula cili kering perlu dicuci terlebih dahulu.

▶️ Selepas itu, cili kering perlu digoreng dengan minyak sekejap, jangan terlalu lama sebab cili kering mudah garing.

▶️ Cili Kering yang sudah digoreng perlu dikisar kering dengan sedikit garam.

▶️ Kemudian, panaskan sedikit minyak (2 atau 3 sudu makan) guna api kecil.

▶️ Masukkn semua bahan kacau hingga sebati, tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.

 

BACA JUGA : Resepi Kuey Teow Theng. Hidangan Yang Mudah Dan Sedap Dengan Rasa Yang Berbeza Dari Hidangan Sup Yang Lain!

 

Senang je buat sambal kering ni, biasa beli je yang dah siap pasti ada yang tidak kena dengan selera kitakan. Bila buat sendiri boleh lebihkan apa yang kita suka, nak lebihkan ikan bilis ke bawang ke mengikut citarasa sendiri.
Sambal kering boleh tahan agak lama kalau untuk dibuat stock. Jadi senang bila nak dibawa kemana-mana. Sambal bilis kering ni sedap dimakan dengan apa sahaja sebagai penambah selera, seperti nasi putih, bubur nasi, roti,mee sup atau apa sahaja yang diingini.

Resepi sambal bilis kering mudah sahaja untuk dibuat, cuma kena pandai kawal api ketika mengoreng cili kering supaya tidak terlebih garing. Siapa yang suka makan sambal bilis kering  ni  boleh la buat sendiri lepas ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.