Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur, Masakan Jawa Rasa Lemak Pedas Yang Menyelerakan!
Ikan pari masak lemak cekur mungkin tidak ramai yang tahu masakan ini. Hidangan ini merupakan hidangan dari masyarakat jawa, mereka yang pernah merasainya pasti tahu keenakan rasanya. Dalam masakan ini Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur yang paling sedap.
Masak lemak cekur atau Nama lain ikan masak kecur, rasanya lemak dan pedas sangat sedap. Lagi pedas masak lemak cekur lagi bedap rasanya. Rasanya lebih kurang seperti masak lemak cili api cuma ditambah pucuk cekur didalamnya.
Masakan ini biasanya digemari oleh orang-orang tua. Pucuk cekur selalu dibuat ulam ketika makan dan mempunyai banyak khasiat didalamnya. Salah satu khasiatnya ialah dapat memecahkan angin dalam urat saraf.
Untuk menyediakan hidangan ini, ikan yang digunakan perlu dibakar terlebih dahulu. Ikan perlu dibakar sehingga 3/4 masak tidak perlu sampai masak sepenuhnya dan kemudian dimasak didalam masak lemak.
Selain daripada ikan, masak lemak cekur ini juga boleh dimasak dengan ayam dan daging, cuma rasanya lebih sedap dimasak dengan ikan. Resepi menarik ini telah dikongsi oleh Nor Haida Nor Azida.
RESEPI IKAN PARI MASAK LEMAK CEKUR
Masak lemak cekur bukan sahaja sedap dimasak menggunakan ikan pari tapi boleh juga menggunakan ikan yang lain seperti ikan keli, ikan cencaru, ikan kembung dan lain-lain lagi. Apa yang penting ialah ikan mestilah segar.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan tumbuk :
- Bawang besar
- Bawang putih
- Sdkt belacan
- Ubi cekur
- Cili api
Bahan lain:
- Asam keping
- Santan kotak kecik
- Serbuk lada hitam
- Garam
- Gula
- Air
Dihiris:
- Daun cekur
- Daun limau purut
- Daun kunyit
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN PARI MASAK LEMAK CEKUR
▶️ Mula-mula Ikan pari dilumur dengan garam, serbuk kunyit, kemudian bakar 3/4 masak. Ketepikan.
▶️ Tumis bahan tumbuk hingga garing.
▶️ Selepas itu, tambah semua bahan lain kecuali daun cekur sehingga mendidih dengan menggunakan api perlahan.
▶️ Apabila masak lemak sudah mendidih masukkan ikan bakar tadi, hirisan daun cekur dan adjust air dan kepekatan kuah.
▶️ Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau supaya santan tak pecah.
BACA JUGA :Resepi Paprik Seafood Yang Cukup Rasa Masam, Manis, Dan Pedas, Seperti Makan Dikedai Siam!
Walaupun rasanya seperti masak lemak cili padi tapi cara penyediaannya agak berbeza, yang penting rasanya sangat sedap! Pengemar masak lemak pasti suka dengan masakan ini dengan rasa lemak pedasnya.
Setiap masakan yang menggunakan seafood perlu menggunakan ikan yang fresh. Oleh kerana ikan yang fresh memberi rasa isi ikan yang manis dan boleh membuatkan rasa masakan lagi enak.
Resepi ikan pari masak lemak cekur agak unik cara penyediaannya kerana ikan perlu dibakar terlebih dahulu dan masak lemaknya perlu ditumis, pasti ramai tidak sabar ingin mencuba resepi ini. Selamat mencuba!