Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Leleh Yang Mudah Dan Sedap. Kuih Lagen Yang Sangat Istimewa!

0 3,819

Kuih koci antara kuih tradisional yang sangat ramai penggemarnya. Memang sedap dijadikan juadah minum petang dengan keluarga. Memandangkan kuih loci ini sedap dan ramai yang menyukainya. Apa kata kata kita cuba buat resepi kuih koci pulut hitam leleh dirumah. Selain sedap, cara buat kuih ni juga simple je.

Pasti menggamit kenangan bila buah kuih lagen ni. Antara kuih yang membuatkan kita tidak puas makan seketul je. Lagi-lagi ada kuah santan leleh yang masim-masim lemak tu. Kalau sekarang nak beli pun mahal orang jual. Tak larat nak beli dengan harga rm5 untuk 6 ketul je. Kalau buat sendiri lagi puas hati boleh makan puas-puas.

Kuih ni sangat istimewa sebab tepungnya yang lembut, kenyal dan berintikan kepala manis. Kemudian disaluti dengan santan leleh yang dikukus dalam daun pisang. Tak tau nak cakap macam mana rasa nikmatnya kuih tradisional ini. Orang kata kuih dulu-dulu lagi sedap dan mempunyai keunikkan rasa yang tersendiri.

Jadi sebagai jenerasi mudah perlu warisi kepandaian dalam membuat kuih-kuih tradisi dulu-dulu. Cara penyediaan kuih koci pulut hitam ni sangat mudah dan simple je. Cuma kena ada 3 bahan utama iaitu tepung pulut, inti kelapa, dan kuah santan. Walaupun 3 benda perlu dibuat, tapi stepnya tak susah dan berbaloi dengan rasa yang sedap.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ai-Atie Oshin Soib kerana sudi berkongsi cara mudah menyediakan kuih koci yang delicious ini. Yang pastinya mudah untuk kita menyediakannnya. Dan sangat sesuai dijadikan untuk juadah minggu petang hari ini.

 

RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM 

Beruntunglah kalau dapat buat sendiri kuih ini. Kalau ikut sukatan resepi, boleh hasilkan 20 hingga 25 biji kuih koci. Pasti anda dan tak sabar nak mencuba resepi ini kan. Tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan kuih koci puluh hitam leleh ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 500gm tepung pulut putih
  • 100gm tepung pulut hitam
  • 50g tepung gandum
  • 1sudu garam
  • 550 -600ml air

 

Bahan santan leleh :
  • 750ml santan pekat
  • 100 ml air
  • 2 sudu garam
  • 20 g tepung beras
  • 20 gtepung jagung

 

Bahan inti kelapa :
  • Kelapa parut
  • Gula melaka
  • Garam

CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI PULUT HITAM : 

▶️ Pertama, masukkan pulut putih, tepung pulut hitam, tepung gandum, garam dan air ke dalam bekas. Uli adunan menjadi sebati. Ketepikan

▶️ Kemudian, masukkan kelapa parut, gula melaka dan sedikit garam ke dalam kuali. Guna api perlahan untuk masak inti kuih ini. Gaul rata sehingga masak. Angkat dan sejukkan seketika.

▶️ Selepas itu bulatkan tepung tadi dan masukkan inti kelapa kedalam nya. Kemudian masukkan ke dalam air telah di rebus, angkat bila dah timbul. Kaedah ini sama seperti masak buah melaka.

▶️ Akhir sekali, satukan kesemua bahan santan leleh dalam periuk. Kacau sebati. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.

▶️ Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut. Letak doh koci atas daun pisang.

▶️ Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan. Siap untuk dinikmati

 

BACA JUGA: Resepi Kuey Teow Kungfu Yang Paling Power. Satu Pinggan Tak Cukup Dibuatnya!

 

Mudahkan! kuih koci pulut hitam nampak sanggat menyelerakan. Kalau kuih koci ni sekali suap je habis terus masuk mulut. Gabungan rasa manis dan masim tu membuatkan anda rasa nikmat syurga makanan. Anda boleh lah try buat kuih koci ni nanti. Hidangkan pada keluarga pasti mereka suka.

Kalau makan waktu panas-panas lepas dibalut daun pisang tu paling nikmat sekali rasanya. Sebabnya rasa kuah santan yang masih panas dan cair-cair pekat tu menaikan selera. Rasa manis inti kelapa dan lemak-lemak santan pasti akan makan berulang kali.

Jadi lepas ni kalau nak masak kuih koci pulut hitam dah tak perlu beli dah. Buat je kat rumah. Anak-anak pun mesti suka. Semoga resepi kuih koci pulut hitam leleh ni memberi anda manfaat dan boleh share resepi supaya ramai dapat mencuba nya nanti. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.