Resepi Ketupat Sotong Yang Cukup Sedap, Rasa Kuahnya Yang Lemak Manis Sesedap Rasa!

0 1,631

Ketupat sotong merupakan sotong yang disumbat dengan pulut dan dimasak didalam kuah santan yang manis. Dalam Resepi Ketupat Sotong hanya memerlukan beberapa bahan untuk menyediakannya.

Hidangan ini biasa didapati di Terengganu dan Kelantan, mungkin ada diantara kita yang masih tidak tahu tentang hidangan ini. Kebiasaannya ketupat sotong akan dibuat pada musim mencandat sotong.

Beras pulut akan dimasak terlebih dahulu atau direndam dengan santan sebelum disumbatkan kedalam sotong, supaya beras pulut cepat dan mudah dimasak. Ikut cara masing-masing lebih mudah beras pulut dimasak atau direndam terlebih dahulu.

Bagi mereka yang belum pernah merasa pasti akan rasa pelik apabila mengetahui tentang hidangan ini, yelah dengan sotong yang disumbat dengan pulut dan makan pula dengan kuah yang lemak manis.

Hidangan ini mempunyai dua versi iaitu versi kelantan dan terengganu. Tahap kemanisan juga berbeza apabila ada yang kata versi kelantan agak manis manakala versi terengganu manis-manis buah. Resepi ini telah dikongsi oleh Nursuriawati Zakaria.

 

RESEPI KETUPAT SOTONG

Ada yang sukakan kuah putih dan ada yang suka kuah merah, kuah putih disebabkan sotong sudah dibersihkan dan dibuang lapisan merah pada kulit sotong, manakala kuah merah terhasil daripada lapisan merah pada kulit sotong tersebut.

photo6248843645637735265.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 kg sotong ( yang sudah dicuci )
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan
  • 1 biji bawang merah ( dihiris )
  • Sedikit halia ( dihiris )
  • Air sedikit
  • Santan cair untuk kuah
  • Gula putih atau gula melaka
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
  • Halba

photo6248843645637735269.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN KETUPAT SOTONG

▶️ Mula-mula bersihkan sotong, boleh kalau nak buang lapisan merah pada kulit sotong.

photo6248843645637735268.jpg (720×960)

▶️ Rendam beras pulut selama 2 jam dengan santan dan sedikit garam.

▶️ Kemudian, isikan beras pulut kedalam sotong. Jangan terlalu banyak, isikan separuh sahaja nanti pulut akan mengembang apabila masak.

▶️ Setelah di isikan beras pulut, ambik lidi dan cucuk di bahagian terbuka tadi supaya pulut tidak terkeluar nanti. Jangan lupa sumbat juga kepala sotong kedalamnya sebelum ditutup.

photo6248843645637735267.jpg (720×960)

▶️ Masukkan air, santan cair dan halba didalam kuali, dan susun sotong didalamnya. Rebus seketika sehingga pulut masak.

▶️ Setelah pulut sudah masak, masukkan gula dan kacau sebati.

photo6248843645637735266.jpg (720×960)

▶️ Kemudian masukan bawang, daun pandan dan halia. Masak seketika sehingga santan pekat sedikit.

 

BACA JUGA : Resepi Muruku Ketagih Yang Enak Dijadikan Kudapan, Setiap Gigitan Terasa Keranggupannya!

 

Senang sahaja nak buat ketupat sotong ni, bahan-bahan pun tak banyak digunakan. Rasanya macam makan pengat atau serawa tapi dengan sotong. Rasanya sangat sedap, tapi bagi mereka yang belum pernah merasanya pasti tidak boleh terima dengan resepi ini.

89338.jpg (1200×800)

Jika tidak suka masukkan bawang dan halia boleh sahaja tidak masukkan, cuma perlu letakkan daun pandan sebagai pewangi hidangan ini. Sotong yang digunakan perlulah sotong yang saiznya agak besar supaya mudah untuk diisi beras pulut.

Ini adalah resepi yang wajib dicuba, kerana rasanya sangat sedap. Sekali cuba akan tahu betapa sedapnya hidangan ini. Jangan lupa mencuba resepi ketupat sotong ini dan rasai kenikmatan ketupat sotong ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.