Resepi Lepat Liat Inti Kelapa Parut, Kuih Lagend Yang Sedap Masih Disukai Ramai!

0 2,388

Pernah makan kuih lepat? Kuih lepat pun ada pelbagai versi jugak. Tapi kali ini kami nak kongsikan Resepi Lepat Liat Inti Kelapa, kalau dikampung pasti mudah untuk menjumpai kuih ini sebab biasanya orang tua-tua yang suka makan.

Kuih lepat ini dibungkus dengan daun pisang dan akan dimasak secara dikukus. Daun pisang yang digunakan akan memberi aroma yang wangi pada kuih lepat. Sebab itu kalau dilihat kuih orang dulu-dulu banyak menggunakan daun pisang.

Kuih lepat ada beberapa jenis, seperti lepat pisang, lepat ubi, lepat jagung dan lepat liat yang ingin kami kongsikan resepinya sekarang ini. Setiap kuih lepat ada rasanya yang tersendiri dan hanya lepat liat sahaja yang teksturnya agak liat berbanding yang lain.

Kuih ini mempunyai rasanya yang tersendiri selain daripada teksturnya yang agak liat bila dimakan. Bukan senang untuk mencari yang sedap, sebab sekarang ini jarang orang membuatnya.

Mungkin ada yang teringin lama nak makan lepat liat ini, tapi susah nak jumpa orang yang menjualnya. Apa kata cuba buat sendiri kuih ini, bahan-bahannya pun tidak susah dan resepinya juga menggunakan sukatan cawan. Resepi ini dikongsi oleh Siti Hadirah.

 

RESEPI LEPAT LIAT INTI KELAPA

Lepat liat dibuat menggunakan tepung pulut, sebab itu dipanggil lepat liat sebab tepung pulut membuatkan tekstur kuih agak sedikit liat tapi masih boleh dimakan. Rasanya lebih kurang dodol tapi tidak terlalu manis seperti dodol.

photo6235511066423569661.jpg (773×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar gula putih
  • Garam sikit
  • Daun pisang (layurkan dulu kemudian potong ikut saiz yang kita nak)
  • Kelapa parut (gaul garam dan gula sikit)
  • Minyak (untuk sapu di daun pisang)

 

Bahan-bahan untuk inti :
  • Kelapa parut
  • Garam
  • Gula

*gaul semua sekali

photo6235511066423569665.jpg (933×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN LEPAT LIAT INTI KELAPA

▶️ Mula-mula sekali, masak gula merah, gula putih, dan air sehingga larut. Tapis dan sejukkan.

▶️ Selepas itu, masukkan tepung pulut dan garam ke dalam bekas.

▶️ Air gula tadi campur dengan santan dan kacau sebati, kemudian tuang didalam tepung sedikit-sedikit sebab adunan tepung ni lebih kurang macam nak buat buah melaka. tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras sangat.

▶️ Apabila siap adunan tepung ambik daun pisang yang dah siap layur dan sapukan minyak sikit pada daun pisang.

photo6235511066423569663.jpg (734×960)

▶️ Kemudian ambik 1sudu besar adunan tepung letak ditengah daun pisang, tekan-tekan sedikit dan ambik kelapa parut letak ditengah tepung, baru boleh balut.

photo6235511066423569662.jpg (852×960)

▶️ Susun dalam pengukus cantik-cantik dan kukus lebih kurang 20-25 minit.

▶️ Balutan kena kemas takut nanti masa kukus daun pisang akan terbuka pula.

photo6235511066423569660.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Cencaru Goreng Sumbat Sambal, Sangat Mudah Untuk Dibuat Dan Sangat Menyelerakan!

 

Bila dapat makan kuih legend ni mesti akan teringat dekat kampung, mana taknya kuih kampung susah nak dapat kecuali balik kampung sahaja. Kuih lepat ni pasti ada lagi peminatnya, sebab masih lagi ada yang membuatnya.

9283837737363.jpg (1200×800)

Ada sesetengah lepat liat tidak mempunyai inti kelapa, jadi jika ingin letakkan inti pun boleh ikut citarasa masing-masing. Kuih ini memang sedap, siapa yang suka makan dodol pasti akan sukakan kuih in sebab rasa dan teksturnya agak sama dengan dodol.

Resepi lepat liat inti kelapa ini dikongsi dengan sukatan cawan, jadi memudahkan ibu-ibu yang ingin mencubanya dan tidak perlu ditimbang untuk sukatanya. Selamat mencuba ibu-ibu yang pertama kali ingin membuat kuih ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.