Resepi Pulut Panggan Gemuk-Gemuk, Makan Sebatang Dah Kenyang Dengan Inti Sambal Udang Homemade Yang Sedap!

0 745

Pulut panggan atau nama lain pulut udang kalau makan satu memang tak cukup, silap-silap boleh berebut sebab tak cukup. Resepi Pulut Panggan ini menggunakan sambal udang homemade yang sangat sedap.

Kalau cakap pasal pulut panggan pasti dah terbayang pulut yang dibalut dengan daun pisang dan di panggan diatas kuali atau arang, ditengah pulak penuh dengan inti sambal udang yang sedap secukup rasa.

Inti didalam pulut panggan ini, di masak dengan isi kelapa parut dan udang yang dimasak menjadi sambal. Inti yang digunakan sama dengan inti cucur badak goreng. Jadi kalau buat lebih boleh simpan dan digunakan untuk kuih lain.

Pulut perlu ditanak atau dikukus terlebih dahulu sebelum dibungkus. Penggunaan santan yang segar dalam pulut boleh membuat pulut rasa lebih berlemak dan sedap selepas ditanak.

Kesedapan kuih ini memang bergantung pada rasa lemak pada pulut dan inti sambal udang itu. Resepi ini dari perkongsian Rose Adam, pasti akan menghasilkan pulut panggan yang sangat sedap.

 

RESEPI PULUT PANGGAN

Untuk mendapatkan pulut yang dimasak cantik dan sempurna, tak kira berapa sukatan pulut tersebut kena pastikan air sama paras dengan beras pulut sebelum dikukus. Tanak dan kukus adalah benda berbeza ye, tanak akan dimasak didalam periuk manakala kukus akan dikukus didalam pengukus dengan air yang mendidih dibawahnya.

photo6215073301336796229.jpg (1080×992)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan Pulut:
  • 2 cawan beras pulut
  • 1/3 cawan santan
  • Garam
  • Secubit gula

photo6215073301336796224.jpg (960×1280)

Bahan Inti:
  • 10 biji cili kering
  • 10 ekor udang segar
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 10 biji bwang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 10 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 sudu besar gula secukup rsa
  • Garam secukup rsa
  • Air

photo6215073301336796223.jpg (1047×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN PULUT PANGGAN

▶️ Mula-mula pulut di bersihkan dan ditoskan.Rendam selama 1 jam dgn air.
Kukuskan pulut sehingga masak.

▶️ Apabila pulut sudah masak, masukkan santan,garam dan gula digaul ke pulut yang telah masak.

▶️ Sementara tunggu pulut masak boleh sediakan bahagian inti.

▶️ Kisar semua bahan inti dgn sedikit air. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar.

▶️ Selepas itu, masukkan garam, gula dan udang didalam bahan tumis tadi.

▶️ Masak sehingga inti menjadi kering.

 

CARA-CARA UNTUK BUNGKUS PULUT PANGGAN

▶️ Sediakan daun pisang yang telah dilayur dengan api.

▶️ Ambil 1 sudu besar pulut dan penyetkan diatas daun pisang.

photo6215073301336796225.jpg (581×1280)

▶️ Kemudian, letakkan inti 1 sudu kecil inti.

▶️ Gulungkan bungkusan agar menjadi memanjang dan pastikan pulut dipadatkan.

photo6215073301336796226.jpg (960×1280)

▶️ Letakkan lidi bagi menutup dihujung kiri dan kanan bungkusan.

photo6215073301336796227.jpg (960×1280)

▶️ Setelah siap sedia di bakar di atas pemanggang, titiskan minyak masak sedikit.

photo6215073301336796228.jpg (960×1280)

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Percik Kelantan Super Sedap, Rasa Kuah Percik Secukup Rasa Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas!

 

Bila buat sendiri pulut panggan ni memang puas hati, sebab boleh buat besar-besar dan inti pun boleh letak udang sekor-sekor. Makan satu batang pun dah kenyang, siap boleh buat frozen lagi, bila nak makan boleh ambik dan bakar je.
76552261718191911111.jpg (1200×800)Bagi mendapatkan inti yang sedap perlu Ada rasa manis sedikit dan gunakan udang kering yang gred tinggi untuk mendapatkan kesedapan inti yang betul. Tapi jika tak sempat untuk buat inti sambal udang boleh ditukarkan dengan menggunakan serunding sebagai inti.

Bila dapat buat sendiri memang akan rasa puas hati dengan hasil kuih yang menjadi dan sedap, seronok bila tengok keluarga makan apa yang kita buat. Resepi pulut panggang dah ada, ibu-ibu boleh mencubanya sendiri!

Leave A Reply

Your email address will not be published.