Resepi Ikan Cencaru Goreng Sumbat Sambal, Sangat Mudah Untuk Dibuat Dan Sangat Menyelerakan!
Ada ke yang suka makan ikan cencaru? ikan cencaru kalau dibuat sumbat sambal memang sedap betul. Dapat pula makan dengan nasi putih memang tak pandang lain dah. Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ini mudah untuk dibuat dan sedap dimakan.
Biasanya, kalau masak ikan cencaru sumbat sambal ni, ikan akan dibakar. Tapi kali ini nak kongsikan resepi ikan cencaru sumbat sambal digoreng dan bukan dibakar. ikan akan digoreng garing seperti ikan goreng.
Nak buat hidangan ini, sambal perlu dimasak terlebih dahulu supaya sambal yang di masukkan dildalam ikan tidak mentah apabila ikan sudah digoreng. Sambal perlulah ditumis terlebih dahulu dengan bawang dan cili.
Ikan cencaru isinya agak tebal, sebab itu ikan cencaru perlu dibelah dibelakangnya supaya apabila digoreng ikan cencaru akan garing dan sambal yang dimasukkan akan mereseap sempurna didalam ikan tersebut.
Kalau makan kat kedai pasti akan dapat dilihat hidangan ikan ini akan dimasak dengan dibakar atau digoreng. Resepi ini telah dikongsi oleh Chinta Qaseh Zulaikha, resepi yang mudah untuk dibuat.
RESEPI IKAN CENCARU GORENG SUMBAT SAMBAL
Sebelum nak sediakan hidangan ini, pemilihan ikan yang segar amat penting. Supaya hidangan yang di masak akan rasa lebih sedap jika guna ikan yang segar. Jangan lupa untuk belah bahagian belakang ikan, di bahagian yang dibelah akan disumbatkan sambal.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 6 ekor Ikan Cencaru saiz sederhana dibelah belakang dan cuci bersih..
Lumurkn dgn sdikit garam pd ikn dan ketepikn..
Bahan-bahan Sambal Cili Kering :
- 2 genggam cili kering potong dan rebus *
- 6 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 inci belacan bakar *
- Garam
- 3 sudu gula
- 2 sudu air asam jawa
- Beberapa biji bawang merah ( hiris nipis-nipis )
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN CENCARU GORENG SUMBAT SAMBAL
▶️ Semua bahan bertanda * perlu dikisar atau ditumbuk kering tanpa air, biar tekstur kasar-kasar sikit baru sedap.
▶️ Apabila sudah hancur campurkan dengan sedikit garam dan gula pasir. Masukkan air asam jawa pekat, sebab tidak mahu sambal terlalu berair.
▶️ Akhir sekali, hiris nipis-nipis beberapa biji bawang merah dan campurkan terus dalam sambal. Gaul dan sebatikan rasa.
▶️ Isikan sambal kedalam ikan yang dibelah belakang. Sumbat jangan terlalu penuh.
▶️ Gorengkan dengan api panas dan minyak jangan terlalu banyak, balik-balikan hingga garing. Siapp. Boleh perahkan limau nipis semasa dihidangkan.
BACA JUGA : Resepi Ayam Buttermilk Salted Egg Yolk, Mudah Dan Sedap Pasti Anak-Anak Suka!
Mudah sahaja nak buat ikan cencaru goreng sumbat sambal ini. Kalau kena dengan nasi panas-panas memang sedap ni, tak ada lauk lain pun tak apa sebab sambal tu dah sedap sangat. Nampak sahaja simple hidangan ini, tapi bila makan boleh buat bertambah-tambah!
Hidangan ini bukan sahaja boleh digoreng, tapi ikan cencaru juga boleh dibakar dan dipanggan atas kuali ajaib. Kalau nak senang lagi bakar sahaja dalam air fryer atau oven, ikut keselesaan dan apa yang memudahkan.
Dah dapat satu hidangan untuk dimasak nanti, resepi ikan cencaru goreng sumbat sambal yang sangat mudah dan sedap untuk hidangan sekeluarga. Walaupun nampak simple tapi rasanya dah tak perlu lauk lain dah. Selamat Mencuba resepi ini!