Resepi Kerabu Perut Dengan Mangga Dan Kacang. Hidangan Kampung Yang Menyelerakan. Ratah Sedap Ni!
Hidangan kampung memang sedap, tambahan yang memang tekak masakan kampung dapat pula kerabu mangga lagi menyelerakan. Resepi kerabu perut dengan mangga dan kacang memang hidangan kampung yang premium kerana bahan yang amat mudah tapi penyediaan yang agak rumit.
Kebiasaannya, hidangan kerabu perut atau mangga boleh didapati di kedai-kedai makan nasi ulam atau kedai makan yang menyediakan masakan kampung, tapi agak jarang untuk dijumpai dikedai.
Makan nasi dengan kerabu sahaja pun dah cukup dan menyelerakan, tak perlu lauk banyak-banyak bila dah ada kerabu perut dengan mangga dan kacang didepan mata.
Bagi pengemar kerabu, mereka pasti suka dengan kerabu perut dengan mangga dan kacang ni kerana sudah secukup rasa dengan kenyal, manis, masam dan pedas kerabunya. Kalau tidak ada selera dengan suapan hidangan kerabu sudah cukup untuk menaikan selera makan.
Resepi kerabu perut dengan mangga dan kacang telah dikongsi oleh Ben Safwan di facebook. Resepi ini menjadi hidangan yang premium kerana susah untuk didapati dikedai-kedai makan.
RESEPI KERABU PERUT DENGAN MANGGA DAN KACANG
Hidangan kerabu perut dengan mangga dan kacang agak rumit untuk dibuat, kerana memakan masa yang agak lama untuk proses membersihkan perut dan merebus perut sehingga empuk.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan rebusan perut
- Perut lembu
- Air
- Serai
- Garam
- Asam keping
Bahan untuk kerabu
- 600-700 gm isi kelapa muda
- 7 ekor ikan selayan @ sardine hitam ( rebus tanpa air letak gula Melaka sikit, lengkuas, garam )
- 1 kerek gula Melaka
- 1 biji mangga epal ( parut )*
- 400-500 gm kacang panjang ( potong halus )*
- 100-200 gm ulam raja ( potong halus )*
- 2 bawang Holland ( hiris )*
- 4-6 biji cili merah thai ( hiris )*
- 1kg santan pekat segar ( dipanaskan sehingga mendidih )
Bahan pes kerabu
- 4-5 biji bawang merah ( tumbuk )*
- ½ sudu makan lada hitam ( tumbuk )*
CARA-CARA PENYEDIAAN KERABU PERUT DENGAN MANGGA DAN KACANG:
▶️ Mula-mula, rebus perut lembu yang dah dicuci bersih dengan air, serai, garam dan asam keping sehingga empuk. Apabila dah empuk boleh potong kecil-kecil.
▶️ Selepas itu, sangai isi kelapa muda sehingga keperangan dengan api sederhana.
▶️ Ikan direbus tanpa air dengan letak gula Melaka sedikit, lengkuas dan garam. Dah siap rebus, leraikan isi ikan dengan tulang.
▶️ Isi ikan ditumbuk bersama isi kelapa goreng tadi dan letakkan 1 kerek gula Melaka.
▶️ Sangai sekejap bahan yang ditubuk tadi untuk hilangkan bau hanyir ikan rebus.
▶️ Kemudian, satukan bahan yang bertanda * kedalam bekas.
▶️ Santan perlu dimasak sehingga mendidih sekejap dan tutup api.
▶️ Selepas itu, untuk pes kerabu tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat. Dan satukan kedalam bekas bersama bahan lain.
▶️ Tambahkan isi ikan dan kelapa goreng dengan hirisan perut tadi kedalam bekas.
▶️ Akhir sekali, masukkan santan masak yang sudah sejuk kedalam bekas bahan-bahan tadi sedikit demi sedikit. Perasakan.
▶️ Perasakan dengan garam, gula dan perahan lemon sedikit.
BACA JUGA : Cara Membuat Puding Tembikai. Makan Bersama Sos Kastard Lemak Berkrim!
Dah siap pun kerabu perut dengan mangga dan kacang ni, walaupun makan masa yang lama tapi hasilnya sangat sedap sekali! Dengan secukup rasa lada hitam, lemak santan, masam, masin, dan pedas.
Bagi membuat kerabu perut dengan mangga dan kacang disarankan untuk sagai isi kelapa da nisi ikan sehari sebelum kerana agak memakan masa untuk dibuat seorang.
Hidangan kerabu perut dengan mangga dan kacang ini sangat sedap walaupun makan dengan nasi kosong sahaja, kerana sudah secukup rasa sampai boleh bertambah nasi lagi. Selamat mencuba!