Resepi Martabak Biskut Cream Crackers Yang Enak, Rasa Yang Pasti Ramai Akan Menyukainya!
Kali ini resepi yang agak unik sedikit, mungkin ramai yang belum pernah mencubanya. Kalau ada stock biskut cream cracker dirumah boleh cuba Resepi Martabak Biskut Cream Crackers ini pasti akan jatuh cinta dengan rasanya.
Hidangan ini nak kata seperti martabak pun iya, macam lasagna pun ada. Cuma bahan sedikit lain sebab menggunakan biskut cream creacker sebagai penganti roti atau doh. Itulah yang dikatakan kreativiti masing-masing bagi menyediakan hidangan untuk keluarga, yang pasti rasanya sedap.
Dalam hidangan ini, ada bahan yang mungkin akan disukai oleh anak-anak iaitu cheese. Siapa yang tak suka bila dalam setiap lapisan mempunyai rasa cheese. Ditambah pula dengan daging kisar yang selambak dalam setiap lapisan.
Resepi martabak ini dibuat berlapis-lapis seperti lasagna daging, cuma lasagna perlu direbus terlebih dahulu itu proses yang agak rumit untuk dibuat kerana kalau tersilap ia akan melekat dan terkoyak.
Resepi martabak biskut cream crackers ini dari perkongsian saudara Nazri Ahmad di facebook. Hasil kreativitinya yang menggunakan biskut cream crackers menghasilkan satu hidangan yang agak sedap.
RESEPI MARTABAK BISKUT CREAM CRACKERS
Biasanya biskut cream creakers di rumah kurang mendapat sambutan kecuali makan dicicah dengan milo panas atau dibuat cheesekut pasti cepat sahaja akan habis disambar anak-anak. Supaya tidak membazir bolehlah cuba resepi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 500g Daging Kisar
- 2 sudu besar Serbuk Kurma
- 1 sudu besar Kari Daging
- 2 labu Bawang Holland – potong dadu
- 4 ulas Bawang Putih – potong halus
- 1 batang Lobak Merah – sagat halus
- 2 biji Ubi Kentang – potong dadu (siap rebus empuk)
- 2 tangkai Cili Merah
- Daun Sup
- 6 biji Telur
- ½ tin Susu Cair
- 27 keping Biskut Cream Crackers
- Mozarella Cheese
- Cheddar Cheese
- 1 sudu minyak masak
- 1 sudu minyak sapi
- Loyang Petak 7 inci
CARA-CARA PENYEDIAAN INTI DAGING
▶️ Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumis bawang putih hingga wangi.
▶️ Selepas itu, masukkan daging kisar. Kacau rata.
▶️ Masukkan rempah kurma dan rempah kari. Kacau rata.
▶️ Kemudian, masukkan lobak merah, bawang Holland dan ubi kentang. Perasakan garam secukup rasa.
▶️ Akhir sekali masak sampai kering air daging. Sejukkan.
CARA-CARA PENYEDIAAN MARTABAK BISKUT CREAM CRACKERS
▶️ Biskut cream Crackers dicelup dalam susu cair. Susun dalam loyang pembakar.
▶️ Selepas itu, topping dengan inti daging menutupi biskut. Tabur cili dan daun sup diatasnya.
▶️ Drizzle atau curah susu cair dan telur beberapa sudu di setiap layer.
▶️ Seterusnya, susun Cheddar Cheese diatasnya.
▶️ Ulangi langkah 1,2,3 & 4 sehingga selesai.
▶️ Kemudian, taburkan Mozzarella cheese dibahagian atas sekali.
▶️ Bakar dalam oven selama 50 minit pada suhu 180’C dan sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA : Resepi Lepat Liat Inti Kelapa Parut, Kuih Lagend Yang Sedap Masih Disukai Ramai!
Pasti ramai yang tidak sabar nak mencubanya, nampak sangat sedap hidangan ini. Lebih-lebih lagi didalamnya ada cheese dan mewah dengan daging. Setiap lapisan yang dimakan akan membuatkan sipermakan jatuh cinta dengan rasanya.
Mungkin tak semua sukakan daging kisar, jadi boleh sahaja ditukarkan kepada daging buger keudian dicincang seperti daging kisar. Daging burger lebih sedap disebabkan rempah yang ada pada daging akan membuatkan rasanya berbeza dari daging kisar.
Bila ada masa lapang boleh cuba resepi martabak biskut cream crackers ini, hidangkan pada waktu petang dan makan bersama anak-anak pasti sedap sekali. Jangan lupa mencuba resepi baru ini!