Resepi Cendawan Enoki Goreng Tepung, Kudapan Yang Sedap Dan Sihat Menggunakan Cendawan!

0 42,106

Kalau suka makan cendawan pasti tahu cendawan enoki tu macam mana. Biasanya kalau makan steamboat selalu ada cendawan enoki ni. Kalau ada yang nak tahu, cendawan enoki juga boleh buat kudap-kudap dengan membuat Cendawan Enoki Goreng Tepung.

Kalau pernah makan cendawan goreng tepung di kedai siam pasti tahu rasanya macam mana. Cuma untuk resepi kali ini cendawan yang digunakan ialah cendawan enoki dan tepung untuk bancuhan menggunakan tepung serbaguna, akan rasa seperti goreng Kentucky.

Cendawan enoki sangat murah kalau nak bandingkan dengan cendawan lain serta mudah dicari, kebanyakkan pasaraya ada menjual cendawan ini. Cendawan ini boleh dibeli dengan harga rm1.00 keatas sahaja.

Kalau tengok dari segi harga nampak macam cendawan enoki macam tidak punya apa-apa khasiat. Ianya dikatakan mampu meningkatkan metobolisma badan, membantu mengurangkan lemak, memperbaiki sistem percenaan dan lain-lain lagi.

Disini kita dikenali dengan enoki, tapi dijepun  turut dikenali dengan golden needle, seafood mushroom, winter mushroom dan lily mushroom. Resepi ini telah dikongsi oleh Jannah Naim , kudapan yang mudah untuk dibuat.

 

RESEPI CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG

Macam-macam boleh dimasak menggunakan cendawan enoki ni, dari sup, rebus, bergoreng, dan juga kudap-kudap boleh dibuat. Rasanya yang sangat sedap, sehingga boleh dipadankan dengan pelbagai masakan.

photo6228600884951100414.jpg (960×720)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Tepung gandum
  • 200 gm Tepung bestari original
  • Tepung beras
  • Cendawan enoki
  • Air secukupnya

* Sukatan agak-agak sahaja mengikut berapa banyak cendawan yang ingin digoreng.

photo6228600884951100416.jpg (960×720)

CARA-CARA PENYEDIAAN CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG

▶️ Cendawan enoki perlu dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang diingini, kemudian toskan.

photo6228600884951100417.jpg (720×960)

▶️ Sediakan bahan-bahan untuk bancuhan tepung gandum dan tepung beras, sukatan agak-agak seperti buat bancuhan goreng pisang.

photo6228600884951100418.jpg (720×960)

▶️ Dalam bekas yang lain letakkan tepung bestari.

▶️ Selepas itu, ambik cendawan enoki yang sudah dibersihkan, celup didalam bancuhan tepung dahulu.

▶️ Kemudian, salut pula dengan tepung bestari sampai rata keseluruhan cendawan.

photo6228600884951100415.jpg (960×720)

▶️ Goreng dalam minyak panas, bila sudah keperangan angkat dan toskan.

 

BACA JUGA : Resepi Paru Goreng Berlado Krup Krap Yang Ranggup, Sedap Dan Pedas Confirm Memikat Selera!

 

Bancuhan tepung tersebut untuk mendapatkan cendawan yang ranggup bila digoreng, rasanya sangat sedap dan sesuai dijadikan kudap-kudap seperti ayam goreng sebab menggunakan tepung bestari.

89292827622533.jpg (1200×800)

Nak resepi lagi mudah, salutkan cendawan dengan telur dan tepung bestari, kemudian goreng sehingga keperangan. Cendawan enoki tidak perlu digoreng terlalu lama sebab ianya mudah garing, nanti terhangit pula bila terlalu lama goreng.

Nak buat kudap-kudap untuk minum petang ni sangat senang, cuma perlukan kreativiti sahaja bermain bahan didapur. Ini kira kudapan yang sihat menggunakan sayur, jangan lupa untuk follow resepi cendawan enoki goreng tepung ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.