Resepi Nasi Marjerin Bersama Ayam Panggang Dan Sos Pedas. Serius Sedap, Anda Wajib Cuba!

0 1,560

Tak lengkap rasanya dalam 1 menu tiada sajian istimewa untuk keluarga tersayang. Lagi-lagi kalau bilangan ahli keluarga yang ramai. Setiap sajian mesti  nak buat sendiri lagi berbaloi. Yang penting boleh makan banyak-banyak. Kalau anda nak masak juadah senang tapi sedap, boleh cuba resepi nasi marjerin dan ayam panggang ni. Resepi nasi marjerin ni sesuai sangatlah dihidangkan untuk keluarga anda.

Resepi nasi marjerin dan ayam panggang ni seakan penyediaan nasi ayam juga. Cuma cara masak nasi je berlainan sebab tak berempah bagai. Nasi marjerin ni jauh lagi lebih simple bahan yang digunakan berbanding nasi ayam. Anda nanti boleh lah cuba dirumah.

Resepi ni juga mengunakan bahan yang mungkin ada dirumah anda sahaja. Untuk menjadikan nasi tersebut wangi dan sedap. Cukup dengan adanya marjerin, daun pandan dan kismis. Mudah kan. Hidangkan pada keluarga dihujung minggu pasti mereka suka.

Hidangan pula dengan ayam panggang memang syoklah mereka makan. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Rasa sos pedas dan kicap yang pekat. Ini je dah memadai. Nak lagi sedap boleh makan dengan sayur timur, tomato dan daun salad. Nak buat sup kosong pun boleh.

Sup pun dari rebusan ayam yang akan dipanggang nanti. Jadi mudah je, boleh masak sekali lalu. Resepi yang istimewa ini dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Hawa Nadila Sari.Terima kasih kerana sudi berkongsi ni. Yang baru nak belajar boleh save dulu sebagai rujukan nanti.

 

RESEPI NASI MARJERIN DAN AYAM PANGGANG

Untuk lebih sedap anda boleh gunakan beras bamathi. Hidangan ni akan lebih cantik dan menyelerakan. Tapi kalau anda nak masak dengan beras biasa pun boleh juga. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan :  
Bahan nasi marjerin :
  • 4 cawan beras
  • 1 sendok besa marjerin
  • 2 biji bawang merah dimayang halus
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • 1 sendok kismis

 

Bahan ayam panggang :
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu madu
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu minyak bijan (pilihan)
  • Sedikit lada sulah

 

Bahan sambal :
  • 6 biji lada merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu jus limau nipis
  • Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 Air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung

 

Bahan kuah kicap :
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

 

Bahan sup ayam :
  • Air rebusan ayam
  • Lada sulah
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN NASI MARJERIN DAN AYAM PANGGANG : 
Cara penyediaan nasi marjerin :

▶️ Basuh Beras. Toskan. Cairkan marjerin dalam periuk nasi.

▶️ Goreng bawang hingga terbit bau. Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.

▶️ Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.

Cara penyediaan ayam panggang :

▶️ Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk, tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.

▶️ Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit. Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.

▶️ Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja. Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang.

 

Cara penyediaan sambal :

▶️ Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.

▶️ Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. Siap!!

 

Cara penyediaan kuah kicap :

▶️ Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja. Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.

▶️ Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung. Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.

▶️ Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.

Cara penyediaan sup ayam :

▶️ Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

▶️ Taburkan daun sup diatasnya. Siap!

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Roti Bakar Sosej Cheese Marvelous, Hidangan Sarapan Pagi Anak-Anak. Confirm Laju Je Anak-Anak Makan!

 

Wah! Dah siap kesemua hidangan! Nampak sungguh menyelerakan. Kalau dah biasa masak nasi ayam, nasi marjerin ni lebih kurang macam nasi ayam juga penyediaanya. Cuma nasinya je berlainan cikit. Dari segi ayam, sambal, kuah kicap dan sup boleh gunakan resepi asal je.

Selain tu, cara penyediaan ayam tu terpulang pada anda nak masakan cara macam mana, sama ada goreng atau gill. Yang penting apa cara masak pun sedap dan kena dengan tekak anda dan keluarga anda. Jadi hujung minggu nanti tak pening-pening pikir nak masak apa dah. Boleh cuba resepi yang istimewa ni.

Nasi marjerin dan ayam panggang ni memang kombinasi yang terbaik. Pasti anak-anak sangat mengemarinya. Nak buat pun lebih mudah dari nasi berperisa lain. Semoga dengan perkongsian resepi nasi marjerin dan ayam panggang ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.