Resepi Sandwich Tuna. Hidangan Yang Ringkas Dan Sihat. Anak-Anak Mesti Suka!

0 16,498

Sandwich salah satu makanan yang simple, tapi sedap dimakan pada bila-bila masa sahaja dan tidak kira waktu. Resepi Sandwich Tuna ini sangat mudah untuk disediakan dan pasti anak-anak suka.

Sandwich ialah makanan yang menggunakan roti sebagai karbohidrat dan boleh diletakkan bermacam inti seperti sardin, telur mayo, tuna, dan sosej untuk dimakan sekali.

Sandwich bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga. Antara menu paling laku kalau dihidangkan di dalam majlis makan-makan, disebabkan sandwich ini satu hidangan yang tidak terlalu berat.

Sandwich merupakan makanan yang mudah dibuat, fresh, dan juga menyihatkan. Tak hairanlah ramai orang yang menjaga diet dan keaihatan akan mengambil sandwich sebagai makanan mereka.

Resepi Sandwich Tuna ini telah dikongsi oleh  MasAyu Legacy. Sandwich tuna ini sangat mudah untuk disediakan dan sedap dimakan, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESEPI SANDWICH TUNA

Selain untuk makanan dan hidangan keluaga, sandwich juga boleh dijadikan hidangan untuk majlis makan-makan, beekelah, bekal untuk ketempat kerja atau sekolah kerana lebih mudah untuk disediakan dan sangat sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A
  • 1 tin tuna mayo ayam brand
  • Sedikit bawang besar ( potong dadu )
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar sos cili
  • Sedikit cili api ( dipotong kecil-kecil )

Bahan B
  • Timun ( potong dadu )
  • Tomato ( potong dadu )
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar sos cili

Bahan lain
  • Roti
  • Salad

CARA-CARA PENYEDIAAN SANDWICH TUNA :

▶️ Mula-mula campur kesemua bahan A tadi, kacau sehingga sebati.

▶️ Selepas itu, dalam bekas lain campurkan bahan B. gaul sehingga sebati.

▶️ Gunakan 3 keping roti untuk 1 sandwich.

▶️ Lapisan pertama, ambil sekeping roti dan sapukan bahan A diatas roti.

▶️ Lapisan kedua, ambik sekeping roti letakan bahan B.

▶️ Seterusnya, untuk lapisan ketiga letakkan salad dan latakkan keatas kedua lapisan tadi.

▶️ Apabila dah siap, potong sandwich secara silang pangkah dan menjadi segi tiga yang kecil.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Siakap Stim Limau. Yang Mudah, Sedap Dan Secukup Rasa!

 

Mudah sangat nak menyediakan satu hidangan sandwich tuna yang sedap ni. Siapalah tak suka makan sandwich ni dari usia kanak-kanak sehingga dewasa boleh dikatakan gemar makn sandwich.

Untuk resepi sandwich tuna yang lebih sihat, ibu-ibu boleh tukarkan jenis roti. Roti jenis wholemale akan menjadi pilihan untuk sesiapa yang tengah jaga kesihatan dan elok untuk diet.

Ibu-bu bolehlah buat bekal sandwich untuk anak-nak bawa ke sekolah, tidak la anak-anak jemu asyik bekal nasi goreng sahaja. Bermacam-macam resepi ada termasuk resepi sandwich tuna yang ibu-ibu boleh cuba untuk buat di rumah, Cuma perlu tukarkan bahan sahaja. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.