Resepi Kuih Nona Manis Yang Sangat Sedap. Sesuai Dihidangkan Untuk Juadah Minum Petang Anda Hari Ini!

0 1,583

Kuih nona manis ni antara kuih tradisional yang digemari ramai. Tak pernah lapuk dek zaman. Tekstur yang lembut dan rasanya yang manis berlemak malah aromo yang bau wangi dari daun pandan itu. Kalau dihidangkan memang sekejapan je dah habis. Hari ni apa kata kita cuba resepi kuih nona manis ini dirumah. Pasti anak-anak akan suka.

Kuih nona manis ni sangat menarik bentuknya. Bahagian luar yang hijau rasanya manis, dan dilengkap bahagian dalam berwarna putih lemak masin rasanya. Kuih nona manis ni pernah viral satu ketika dulu. Memang sedap rasanya, tak cukup kalau makan sebiji je.

Bahan yang digunakan pun tidak lah renyah dan cara penyediaan pun simple. Apa yang anda perlu tahu dalam membuat kuih nona manis ni ialah kuihnya ada 2 adunan dan rasanya juga berlainan. Satu bahagian pandan yang lebih kepada rasa lemak manis dan aroma pandan. Manakala satu lagi ialah adunan santan pekat yang rasanya lemak masin.

Ramai fikir nak buat kuih ni renyah sebab ada banyak step perlu dibuat. Tapi sebenarnya tak susah sangat pun kalau ikut caranya satu persatu dengan betul. Dengan resepi dari  Cik puan Ariana Sofia Ahmad yang dikongsikan dilaman facebooknya, anda boleh ikut stepnya dengan mudah.

Dalam resepi ini juga disediakan sekali tips untuk dapatkan hasil kuih yang cantik dan licin sedap mata memandang. Apa yang menariknya, resepi ni lebih kepada rasa manis yang sedang-sedang, tapi cukup dengan rasa lemak santan. Anda wajib cuba resepi ini tau!

 

RESEPI KUIH NONA MANIS 

Kombinasi rasa pandan yang dan rasa santan pekat yang lemak masim ni memang sangat membangkitan selera. Rasa dah tak sabar nak mencubanya. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi kuih nona manis ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
Bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur

 

Bahan B :
  • 1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
  • 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu pewarna hijau

 

Bahan C :
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu gula

CARA PENYEDIAAN KUIH NONA MANIS :

▶️ Untuk step pertama. Kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau xda pengisar, boleh whish hand je. Dah siap, ketepikan.

▶️ Step ke 2 pulak, masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.

▶️ Lepas tu, masukkan tepung jagung dan kacau sebati.

▶️ Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.

▶️ Masukkan bahan yang di kisar di step 1. Kacau sehingga sebati.

▶️ Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan, bila dah sejuk tapis dan letak dalam botol.

▶️ Step ke 3 pula, masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam. Kalau suka masin, boleh tambah garam. Kacau sehingga sebati.

▶️ Pastikan adunan jugak sedikit pekat dan tidak cair. Dah sejuk tapis dan letak dalam botol.

▶️ Letak dalam botol macam ni. Asingkan mengikut warna.

▶️ Sapu dulu acuan dengan minyak supaya kuih tak melekat dan letak 3/4 adunan warna hijau dalam acuan.

▶️ Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau kedalam sangat, nanti bercampur dengan adunan hijau.

▶️ Wrapkan loyang. Di sekeliling loyang buat lubang, cucuk dengan lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh. Boleh buat banyak lubang. Kukus selama 15 minit@ sehingga masak.

▶️ Dah masak tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan.

▶️ Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Selamat mencuba.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Yang Padu. Bikin Selera Makan Bertambah-Tambah!

 

Wah dah siap! Nampak sungguh cantik. Tips untuk kuih yang licin dan cantik, tutup loyang dengan warp dan cucuk warp dengan lidi di bahagian tepi-tepi Loyang. Pastikan tak cucuk warp di bahagian atas loyang supaya air tak jatuh. Wah hasilnya pasti anda akan puas hati.

Kuih nona ni juga sesuai dihidangkan pada keluarga dan tetamu. Saiznya kecil dan cantik terbentuk. Rasa nya apatah lagi. Memang sedap dengan rasa. Kalau untuk resepi ni, boleh dapat lebih dari 30 biji untuk acuan saiz kecil. Mudah je nak hidangkan sebab sekali ngap je.

Di sebabkan cara penyediaan yang mudah. Anda boleh je cuba resepi ini dirumah. Boleh je follow step by step cara yang dikongsikan. Semoga dengan perkongsian resepi kuih nona manis ini dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.