Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Digemari Ramai, Lebih Mudah Adunan Menggunakan Sukatan Cawan!

0 5,199

Kuih cara berlauk merupakan kuih traditional yang dibuat daripada tepung gandung dan mempunyai into daging. Siapa yang gemar makan kuih ini perlu follow Resepi Kuih Cara Berlauk yang super sedap ini.

Cara pembuatan kuih cara berlauk ini sama sahaja dengan kuih cara, cuma terdapat tambahan inti daging ditengahnya. Warna kuih ini juga berbeza, kuih cara berlauk berwarna kuning manakala kuih cara berwarna hijau.

Tambahan daging yang digoreng dengan rempah menjadikan intinya agak pedas tapi sangat sedap dimakan. Pasti ramai yang mengemarinya keran rasanya lemak, lembut, garing, dan pedas pada masa yang sama.

Setiap gigitan pasti akan rasa daging yang yang dimasak dengan rempah kari dan dihiasi dengan hirisan cili dan daun sup sangat sempurna rasanya.

Kalau dibuat sendiri pasti sudah mewah dengan inti diletak ditengahnya, penyedap pada hidangan ini ialah intinya. Resepi kuih cara berlauk ini telah dikongsi oleh Lieya Mohd

 

RESEPI KUIH CARA BERLAUK

Kuih cara berlauk sama sahaja cara bancuhannya dengan kuih cara, cuma perlu dimasak intinya terlebih dahulu sebelum membuatnya. Berbeza dengan kuih cara yang hanya menggunakan gula sebagai inti.

photo6242331513144323852.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan Inti :
  • Daging atau ayam kisar
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari adabi
  • 1 kiub daging
  • Beberapa tangakai daun kari
  • Garam halus secukup rasa
  • Sedikit minyak

photo6242331513144323841.jpg (720×960)

Bahan adunan :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan santan kotak atau 1 cawan santan biasa
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam halus
  • Sedikit perwarna kuning

photo6242331513144323845.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH CARA BERLAUK

▶️ Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.

▶️ Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama daun kari, masak sehingga pecah minyak.

photo6242331513144323843.jpg (720×960)

▶️ Kemudian masukkan daging dengan kiub dan kacau sehingga kering airnya.

▶️ Perasakan dengan garam secukupnya. Siap dan ketepikan seketika.

photo6242331513144323846.jpg (720×960)

▶️ Untuk bancuhan kuih cara pula, masukkan semua bahan kedalam bekas dan kacau sehingga sebati. Kemudian, tapiskan sehingga tiada ketulan dalam bancuhan tersebut.

photo6242331513144323844.jpg (720×960)

▶️ Panaskan acuan kuih cara dan sapu sedikit minyak didalamnya.

photo6242331513144323848.jpg (720×960)
Kemudian tuangkan adunan kuih cara, jangan bagi penuh. Sudukan inti dibahagian tengah kuih cara.

photo6242331513144323849.jpg (720×960)

▶️ Boleh taburkan hirisan daun bawang, daun sup, cili, dan bawang goreng jika perlu.

photo6242331513144323850.jpg (720×960)

▶️ Tutup permukaan acuan dengan penutup periuk seketika untuk masak bahagian atas kuih cara.

▶️ Masak lebih kurang 3-4 minit dengan api perlahan.

 

BACA JUGA : Resepi Daging Masak Hitam Yang Mudah, Resepi Turun Temurun Yang Sangat Sedap Sekali!

 

Nak siapkan satu-satu kuih memang makan masa, tapi hasil yang dah siap pasti akan membuatkan anda rasa sangat puas hati. Rasanya yang lemak, pedas, garing dan lembut membuatnya sangat digemari ramai.

121002992.jpg (1200×800)

Kuih ini memang sesuai kalau dihidangkan pada majlis-majlis atau jamuan, kerana warnanya yang berwarna-warni boleh menarik perhatian ramai. Pasti ramai yang menyukai kuih ini, tak hairanlah kalau bulan puasa kuih ini sangat laku sekali.

Resepi kuih cara berlauk ini sangat mudah untuk dibuat kerana menggunakan sukatan cawan yang mengenyangkan lagi kerja ibu-ibu untuk membuatnya. Nak lagi senang bancuhan tepung boleh dikisar terus didalam blender. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.