Resepi Ikan Pari Bakar Sambal Marvellous. Rasa Sambalnya Yang Padu, Resepi Yang Perlu Dicuba!
Ikan pari bakar merupakan hidangan yang sangat mudah dibuat. Ikan pari bakar biasanya akan dibakar didalam daun pisang untuk mengelakkan isi ikan melekat pada pembakar. Resepi Ikan Pari Bakar Sambal yang sangat mudah disediakan.
Ikan pari isinya sangat lembut, malah tulangnya juga sangat lembut dan boleh dimakan begitu sahaja. Jadi bila ingin dibakar perlu dilapik atau dialas dengan daun pisang atau aluminium foil untuk mengelakkan isi ikan daripada melekat pada bahagian pembakar.
Jika menggunakan daun pisang, aroma daripada daun pisang akan membuatkan bau wangi melekat pada isi ikan. Ikan pari biasanya sedap dimasak sebagai asam pedas, direbus dan dibakar, jarang jumpa ikan pari digoreng untuk hidangan.
Ikan bila dibakar sedap dimakan dengan air asam atau sambal kicap sebagai menaikan selera ketika makan. Tapi resepi kali ini ikan pari dibakar dengan sambal, sambal yang dibakar sekali akan meresap kedalam isi ikan itu yang menjadikan ikan sedap bila dimakan.
Ikan yang segar bila dibakar sangat sedap rasanya, kerana masih ada rasa manis pada isi ikan. Ikan bila segar masak apa pun akan jadi sedap. Resepi ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie.
RESEPI IKAN PARI BAKAR SAMBAL
Jika dibakar kosong, perlu dimakan dengan air asam, sambal belacan, sambal kicap atau cencaluk. Bagi ada rasa pada ikan bakar tersebut. Tapi bila sudah dibakar dengan sambal sudah sedap makan begitu sahaja asalkan sambal secukup rasa.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 3 ekor ikan pari sedang (potong 2)
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
- 3 batang cili besar
- 4 batang cili padi
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Asam keping
- Daun limau purut (mayang halus)
- Daun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah ye)
- Daun pisang
- Aluminium foil
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN PARI BAKAR SAMBAL
▶️ Mula-mula cuci bersih ikan pari.
▶️ Selepas itu, blend bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi sehingga hancur.
▶️ Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua bahan yang sudah diblend tadi sampai garing.
▶️ Kemudian, masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit.
▶️ Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang, ambil sambal letak sikit atas daun pisang dan letak ikan kemudian letak lagi sambal atas ikan dan balut. Last sekali bakar sampai ikan masak.
BACA JUGA : Resepi Cucur Jagung Yang Rangup. Sedap Dimakan Dan Sangat Diminati Ramai!
Makan ikan bakar ni memang sedap, lebih-lebih lagi ikan dibakar dengan menggunakan arang lagi sedap rasanya. Tapi nak hidupkan arang sangatlah rumit, jadi boleh sahaja bakar didalam oven atau atas pemanggang ajaib.
Ikan bakar ini memang sedap, biasanya gabungan dengan ulam-ulaman memang lagi padulah. Kadang-kadang bau dari ikan yang dibakar akan memanggil-manggil je suruh datang makan, tambah pula sambal atau bahan perapannya yang sedap.
Sekali sekala makan makanan yang dibakar ini akan rasa tidak bersalah, sebab lebih sihat dari digoreng. Jom layan resepi ikan pari bakar sambal ini, yang pasti rasanya padu jika ingin mencubanya!