Resepi Kek Buah Legend Yang Moist Dan Sedap. Nak Buat Pun Kejap Je!

0 971

Sebut je kek buah memang tak asing lagi. Pasti ramai yang menyukainya kerana rasanya yang sedap dan juga memiliki aroma yang sangat wangi dan menyelerakan. Resepi kek buah yang berwarna warni dengan campuran pelbagai jenis buah kering seperti kismis, ceri hijau dan beberapa buah lain menjadikan rasanya sungguh sedap.

Bagi yang suka makan kek manis-manis dan lembut, memang sesuai anda cuba resepi ni. Kalau tengok pada teksturnya yang padat dengan isi buah dan lembut je bila dimakan. Yang istimewanya kek buah ni, Ianya boleh bertahan lama. Tempoh ketahanan kek boleh samai sebulan jika disimpan dalam peti sejuk, 2 minggu untuk suhu bilik.

Kalau rasa nak makan boleh keluarkan kejap dari peti ais dan kemudian potong untuk dijamah. Teksturnya yang masih kekal moist dan sedap. Kek buah ni kalau dihidangkan pada anak-anak dan mak ayah pasti mereka suka sebab rasa buah dalam kek ni memang terasa. Bila digigit memang terasa nikmatnya.

Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Dan cara penyediaan juga cukup mudah. Tak perlu kukus pun. Anda boleh mengunakan kaedah bakar sahaja. Masa yang diambil lebih cepat berbanding ianya dikukus. Lebih kurang 2-3 jam sebab nak dapatkan kelembapan yang diingini dan supaya kek buah ni boleh bertahan lebih lama. Bila anda makan walaupun kek dah hampir sebulan masih terasa lembut dan lembap kek tersebut.

Resepi kek buah kukus yang simple ni dan lazat ni dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu En Mohammad Muammar. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ni. Kalau anda ada stock buah dirumah bolehlah cuba resepi yang dikongsikan ni. Kalau buah sendiri boleh buah banyak dan nak adjust rasa pun terpulang pada selera masing-masing.

 

RESEPI KEK BUAH KUKUS 

Kek buah kukus ni lagi padat dan mampat lagi sedap. Memang nikmat setiap kali dimakan. Pasti anda pun dah tak sabar dan mencuba resepi yang sedap dan enak ni. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita kita satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi kek buah kukus ni.

Bahan-bahan yang perlukan :   
Bahan A :
  • 300g sultana
  • 300g kismis
  • 200g blackcurrant
  • 100g ceri hijau
  • 250g butter
  • 100g ceri merah
  • 100g apricot
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (jika suka)
  • Parutan kulit oren (dari 1 biji oren)
  • Setengah cawan gula perang
  • 1 sudu makan madu/golden syrup/treacle
  • 1 cawan air
  • Secubit garam

 

Bahan B: 
  • 5 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

CARA PENYEDIAAN KEK BUAH KUKUS :

▶️ Mula-mula masak gula, butter, air sampai gula larut. Kemudian masukkan semua bahan A lain.

▶️ Masak guna api yang kecil sahaja. Minimum 10 minit sambil dikacau.

▶️ Kemudian disejukkan. Dan dibiarkan semalaman.

▶️ Selepas semalaman, gaul telur dengan buah yang sudah dimasak. Lepas tu ayak tepung dan gaul rata.

▶️ Tuang dalam loyang 9×9 inci yang dilapis dengan 3 lapis kertas minyak. Bakar 120’c untuk 2jam dan 130’c 30minit.

▶️ Rak paling bawah letak tray hitam supaya bahagian bahagian bawah tidak hangus. Siap untuk dipotong dan hidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Kerabu Jantung Pisang Bersama Pucuk Paku dan Sotong. Sangat Sedap Boleh Makan Dengan Nasi Atau Ratah Je!

 

Wah! Cantikan hasilnya. Boleh makan terus atau disimpan dalam peti sejuk. Tapi kalau sekali- sekala buat confirm kejap je habis. Silap-silap tak sampai sebulan dah habis. Kek buah nie kalau nak pos atau nak diberikan pada saudara mara pun tak menjadi masalah. Bila sampai je kek ni elok je cantik, tidak hancur dan tidak cepat rosak.

Kalau anda dah takde idea atau dah buntu nak buat pemanis mulut apa untuk makan dengan family boleh buat kek buah ni. Kaedah pun senang tak perlu kukus lama pun. Kalau makan confirm-confirm lah sedap. Kek buah ni juga boleh dihidangkan pada tetamu yang datang. Pastinya mereka juga menyukainya.

Resepi dah ada. Memang rugilah kalau anda tidak mencubanya. Semoga dengan perkongsian resepi kek buah lagend ni memberi anda manfaat. Anda juga boleh save ni, juga ada kelapangan boleh cuba resepi ni dirumah. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.