Cara Buat Oden Homemade Viral Yang Sedap, Sangat Jimat Dan Mudah Dibuat Sendiri!

0 11,931

Anak-anak suka makan oden? Kalau oden yang femes mesti dekat family mart. Sampai beratur panjang nak dapatkan semangkuk oden. Tahu tak oden boleh je buat dirumah, nak tahu Resepi Oden Homemade yang sedap kena follow resepi ini dulu.

Kalau nak beli oden secucuk dah berapa, kira-kira dah habis dekat rm50 untuk berapa ketul oden je. Kalau tau resepi dapat buat kat rumah memang jimat habis. Siap pakej boleh tambah lagi.

Oden ni asal makanan jepun, terdiri dari beberapa bahan seperti telur, fish ball atau fish cake yang dicucuk dengan lidi. Hidangan ini sejenis hidangan berkuah. Kalau di jepun oden biasa dimakan pada musim sejuk tapi kita di sini tak kira musim makan oden.

Hidangan ini kira macam steamboat kalau kat tempat kita cuma berbeza dari segi kuah nya. Seronok bila dapat makan ramai-ramai, kalau nak pergi ke kedai steamboat pasti dah mahal kena caj untuk sekepala.

Kalau buat sendiri lebih jimat dan sedap, resepi oden homemade dikongsi oleh Zehan Attoyyibah di Facebook. Nak buat oden ni sangat mudah, tak payah nak susah-susah menumis bagai untuk kuahnya. Resepi tambahan sos pencicah untuk oden.

 

RESEPI ODEN HOMEMADE

Dalam resepi ini menggunakan pes tomyam dan asam pedas dari adabi, sangat mudah untuk disediakan dan rasanya sangat sedap hampir sama dengan rasa kuah oden dari family mart dan lebih sedap lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 pek perencah tomyam
  • 1 pek perencah asam pedas
  • Sedikit garam dan gula
  • Kiub ayam (jika ada)
  • 10 cawan air
  • Bahan-bahan oden yang disukai

 

CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH ODEN HOMEMADE

▶️ Mula-mula masukkan kesemua bahan didalam periuk. Masak sehingga mendidih.

▶️ Jika ingin kuah lebih boleh tambah air lagi.

▶️ Boleh masukkan bahan oden dan rebus hingga masak.

Bahan-bahan untuk sos pencicah :
  • 8 biji cili padi (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 4-5 biji cili besar merah (dikisar)
  • Sedikit sos cili, sos tomato dan sos tiram
  • Maggie secukup rasa
  • Garam dan gula
  • Daun ketumbar
  • Bijan

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS PENCICAH

▶️ Mula-mula masukkan bahan yang dikisar tadi dalam periuk dan masak atas api sederhana.

▶️ Selepas itu, letak sedikit sos cili, sos tomato dan sos tiram.

▶️ Letak sedikit perasa maggie secukup rasa. Kemudian perasa dengan sedikit garam dan gula.

▶️ Setelah siap, letak daun ketumbar yang dihiris dan tabur sedikit bijan di atas sos.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap, Sangat Mudah Untuk Dibuat Walaupun Pertama Kali Mencuba!

 

Sebenarnya senang sahaja nak buat oden sendiri, rasa pula sedap seperti oden di family mart. Bila buat sendiri boleh makan ramai-ramai dan lebih jimat, tambahan pula lebih sedap dah tak perlu nak beratur panjang untuk membeli.
Nak buat oden ni tak perlu tunggu ada periuk elektrik boleh je guna periuk nasi yang dah ada dirumah lebih jimat. Bahan-bahan untuk oden, sayur, dan mee atau maggie juga boleh beli je di pasaraya berdekatan.

Nak makan oden ni lebih seronok kalau makan ramai-ramai, lebih meriah. Resepi oden homemade mudah sahaja untuk dibuat, pasti anak-anak akan seronok bila dijamu hidangan ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.