Resepi Pajeri Terung Yang Marvolues, Masakan Kampung Yang Mudah Dibuat Tapi Sangat Sedap Dimakan!

0 6,182

Tengah pikir nak masak tengahari ni ke? Stock terung ada lagi dalam peti ais, boleh diselamatkan sebelum terung rosak. Haa! Meh kita cuba Resepi Pajeri Terung, hidangan yang mudah untuk dibuat.

Pajeri bukan sahaja sedap dibuat dengan nenas, tapi dengan terung pun sedap. Rasa pajeri perlu ada sedikit manis baru lah sedap. Rempah pula boleh guna rempah kari daging atau ikan, ikut citarasa kadang-kadang ada yang suka guna rempah ikan.

Tips memilih terung yang segar ialah dengan tidak membeli terung yang lebih dari tiga hari dan pastikan memilih terung yang cerah berkilat dan tidak calar atau kesan-kesan hitam. Perlu elakkan dari mengambil terung yang dah kecut dan kusam.

Dalam masakan pajeri terung keistemewaannya terletak pada kerisik, yang membuat masakan pajeri menambah beraroma dan rasa. Kuah pajeri tidak boleh terlalu cair, perlu sedikit pekat baru sedap rasa pajeri tersebut.

Resepi pajeri terung ini telah dikongsi oleh Tiesha Abdul Rahman, resepi hidangan yang sedap dan memang boleh mengamik kenangan. Biasanya kalau dikampung memang selalu jumpa masakan ini, sebab orang tua-tua suka makan.

 

RESEPI PAJERI TERUNG

Untuk membuat masakan pajeri terung tidak lah terlalu rumit, bagi mendapatkan pajeri yang sedap perlu masak awal sehari supaya rempah yang dimasak akan diserap sepenuhnya didalam terung.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • 2 biji terung ( belah 4, jangan belah sampai putus )
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 1 sudu kecil cili kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 cawan air asam jawa (secubit asam jawa + 1/2 cawan air)
  • 1/4 cawan santan kotak – M&S
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 sudu besar kerisik
  • Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan kisar :
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 1 hiris lengkuas
  • 1/2 sudu besar udang kering
  • 1/2 sudu kecil jintan manis – sangai kejap
  • 1/2 sudu kecil biji ketumbar – sangai kejap
CARA-CARA PENYEDIAAN PAJERI NENAS

▶️ Mula-mula panaskan minyak, tumis 3 sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar, tumis hingga naik bau dan sedikit garing.

▶️ Masukkan cili kisar bersama serbuk kari. Kacau seketika. Guna api yang perlahan.

▶️ Seterusnya, masukkan air asam jawa. Biarkan ia mendidih hingga pecah minyak.

▶️ Masukkan garam, serbuk pati ayam dan nisse.

▶️ Kemudian, masukkan santan dan 1 cawan air panas sedikit demi sedikit. Tengok atas kepekatan yang diinginkan.

▶️ Selepas itu, masukkan kerisik. Kacau rata.

▶️ Akhir sekali, masukkan terung. Balik-balikkan hingga terung bertukar warnanya dan masak sepenuhnya. Biarkan terung sebati dengan kuah pajeri.

▶️ Setelah terung masak, keluarkan rempah 3 sekawan yang telah ditumis tadi. Bagi elakkan ia mengganggu rasa pajeri terung.

BACA JUGA : Cara Buat Oden Homemade Viral Yang Sedap, Sangat Jimat Dan Mudah Dibuat Sendiri!

Masakan kampung biasanya memang sedap, tambahan pula air tangan yang dibuat oleh orang dulu-dulu. Kalau makan pajeri terung ni dengan nasi panas-panas sangatlah sedap, kalau tak ada lauk lain pun tak apa cukup dengan pajeri sahaja.Kuah pajeri kalau tak habis tak perlu risau, kita boleh olahkan kepada menu lain dengan tambah nenas dan jadilah pajeri nenas pula. Kuah pajeri kalau suka manis bolehlah tambah lagi nisse atau gula semasa memasak.

BACA JUGA : Cara Buat Oden Homemade Viral Yang Sedap, Sangat Jimat Dan Mudah Dibuat Sendiri!

Pasti semua tahu hidangan kampung ni selalunya sangat sedap, kalau makan pasti akan bertambah-tambah lah. Dah tahu nak masak apa, jom! follow resepi pajeri terung ini. Bagi yang pertama kali ingin mencuba masakan ini selamat berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.