Resepi Sambal Ayam Penyet Yang Padu. Rasa Dia Confirm Menyegat. Siapa Suka Makan Pedas Wajib Cuba!

0 5,589

Kalau pernah makan nasi ayam penyet mesti akan disediakan sambal untuk dimakan sekali dengan ayam penyet. Resepi Sambal Ayam Penyet kali ini sangat mudah dan sedap, rasa seperti makan di indo!

Sesetengah orang kalau makan nasi tak ada sambal memang rasa macam kosong je, macam mana pun kena ada sambal juga untuk makan nasi. Yelah, sambal ni umpama pembangkit selera ketika makan.

Kalau dapat sambal yang sedap, makan dengan telur mata sahaja pun dah cukup menyelerakan, silap-silap nasi tak cukup sepinggan. Sambal ada banyak jenis, dari sambal cuka, sambal belacan dan sambal penyet.

Tapi si pengemar sambal ni asal sambal tu sedap semuanya onz! Resepi sambal penyet kali ini dikongsi oleh Rita Zara, resepi original dan pernah belajar dari orang Indonesia sendiri.

Siapa yang pernah rasa original sambal penyet dari Indonesia mesti tahu kesedapan sambal penyet macam mana, rasa pedas dan secukup rasa memang boleh buat makan nasi tak berhenti.

 

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

Bagi membuat sambal ayam penyet ini sangat mudah, dan bahan-bahannya pun sangat ringkas. Kalau buat secara homemade ibu-ibu boleh mengolah sambal mengikut citarasa tersendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 9 biji cili hidup
  • 45 biji cili padi
  • 3 biji tomato
  • 4-6 biji bawang merah saiz sederhana
  • 5 biji bawang putih
  • 3 inchi belacan ( keluasan 3×1 inci )

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL AYAM PENYET :

▶️ Mula-mula, potong semua bahan kecuali belacan.

▶️ Seterusnya, goreng bahan yang dipotong kecuali belacan dan tomato.

▶️ Masukkan tomato, tomato digoreng last sekali kerana mudah lembik.

▶️ Selepas itu, tumbuk semua bahan yang digoreng tadi. Tumbuk kasar.

▶️ Akhir sekali, goreng belacan dan masukkan kesemua bahan tumbuk tadi.

▶️ Goreng sehingga pecah minyak dan perasakan dengan gula dan garam.

 

BACA JUGA :Resepi Sandwich Tuna, Hidangan Yang Ringkas Dan Sihat!

 

Pergh! Sambal ayam penyet memang membangkit selera betul, belum lagi makan dengan nasi. Kalau dapat makan dengan ayam penyet crispy lagi menyelerakan ditambah pula dengan tempe dan tauhu goreng.

Tips untuk gandakan sambal ibu-ibu boleh gunakan tips yang diberikan ini, untuk 1 biji tomato untuk 3 biji cili hidup, setiap 1 biji cili hidup untuk 5 biji cili padi. Ini ada combination atau formula untuk ibu-ibu olah sendiri sambal untuk gandakan atau kurangkan.

Sambal ayam penyet ni perlu ada simpanan dirumah, mudah bila rasa nak makan hidangan simple-simple sahaja letakkan terus sambal penyet diatas meja untuk penambah selera. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.