Resepi Kebab Daging Roti Pita Homemade Yang Super Padu. Lebih Sedap Dari Pasar Malam!

0 1,445

Sebut je kebab mesti teringat kebab kat pasar malam kan? Selalu kalau ke sana je bersepah-sepahlah jumpa orang yang menjual kebab ni. Tapi sekarang, musim pandemic nak keluar rumah perlu ikut SOP. Daripada beli dikedai lebih baik kalau buat sendiri kan. Resepi kebab daging roti pita homemade antara yang paling famous dan ramai orang yang menggemarinya.

Cumanya bermacam-macam caralah orang buat inti kebab yang kita jumpa, daging diguna bermacam-macam jenis. Macam tu juga ramuan dan perisa dia. Bila buat sendiri ni dapatlah buat ikut kehendak selera sendiri. Nak tambah atau kurang ramuan pun boleh.

Kebiasanya kalau beli kat pasar malam, dagingnya sikit dan rempah kurang rasa. Kadang-kadang tak kena dengan tekak kita. Masin la, tawar la. Tapi kalau buat sendiri lagi puas hati. Resepi yang dikongsikan ni sangat mudah. Hanya gunakan daging kisar. Tapi yang penting ramuan dan perisa yang dimasukkan mestilah secukup rasa. Baru kebab kita lagi padu dan terangkat!

Sangat berbaloi bila buat sendiri sebab boleh letak seberapa banyak inti yang anda suka, nak buat style sos leleh atau kering pun terpulang pada anda. Hidangan ni juga boleh dijadikan hidangan santai-santai untuk minum petang atau makan malam bersama keluarga. Pasti anak-anak akan suka.

Kalau ada yang baru nak try buat, boleh je follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hazirah Ngaimin. Resepi ni antara resepi yang simple dan sangat menarik untuk dicuba. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Jadi anda boleh cuba bila-bila masa je.

 

RESEPI KEBAB DAGING ROTI PITA HOMEMADE 

Kalau beli kebab pasar malam yang menarik kita untuk membelinya ialah sosnya selalu dibuat lelah. Ni menambahkan tarikan untuk merasa. Tapi resepi yang dikongsikan ni cukup rempah. Nak makan begitu saja pun sedap. Tapi ianya terpulang pada selera masing-masing.

 

Bahan-bahan yang perlukan :  
  • 3 keping roti pita (kerat 2)
  • 250g daging kisar
  • 3-4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 1 serbuk kasar lada hitam
  • 2 sudu black papper
  • Sos cili
CARA PENYEDIAAN KEBAB DAGING ROTI PITA HOMEMADE :

▶️ Tumis bawang putih & bawang merah. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Masukkan daging kisar. Kemudian masukkan black pepper.

▶️ Masukkan tomato. Kacau rata.

▶️ Masukkan sos cili, sos tiram, sos black pepper. Masukkan bawang holland. Kacau mesra & padam api. Tunggu sejuk sikit.

▶️ Kemudian ambil roti pita. Bakar dalam Air fryer suhu 200 selama 3 minit sahaja.

▶️ Selitkan salad dalam roti, masukkan inti daging & siram mayonis/ cheese sebagai topping kebab. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Shell Out Homemade Dan Butter Corn Rice. Lagi Special Dari Hidangan Dikedai!

 

Wah dah siap! Nampak menarik sungguh. Nak letakkan sos cheese, sos cili atau mayonis atas kebab terpulang pada anda. Biasanya kalau dan cukup rasa pun intinya masih juga rasa nak makan kebab ni dengan soskan. Barulah bertambah sedap.

Buat untuk anak-anak pasti mereka suka. Selain daging, anda juga boleh tukarkan pada ayam kisar. Rasanya serius sedap. Lagi sedap bila makan dengan bawang holland sekali. Rasa lemak-lemak manis bawang dan pedas-pedas rempah. Menjadikan hidangan ni sangat padu.

Duduk-duduk rumah tu kalau terasa nak makan ala western sikit bolehlah buat kebab daging roti pita ni. Confirm sekeping tak cukup dibuatnya. Semoga resepi ni dapat memberi anda manfaat dan inpirasi. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.