Resepi Kuah Rojak Homemade Yang Padu. Makan Sampai Menjilat Jari!

0 513

Ada kat sini peminat rojak buah? Selalu kalau teringin beli kat kedai je. Makan rojak buah ni memang best dimakan pada waktu petang-petang sambil duk santai-santai depan halaman rumah. Tapi tak kan tiap kali tu nak beli kan. Apa kata cuba resepi kuah rojak homemade yang padu ni. Nanti boleh la letak buah sesuka hati.

Kalau buat banyak-banyak boleh buat stok dalam peti sejuk. Tiap kali nak makan, ceduk je kuah rojak ni dan letak atas buah yang anda suka. Tambah lagi untung buat sendiri sebab boleh ikut tekak kita. Buat tahap kepedasan dan kepekatan kuah macam mana kita suka.

Kalau beli dikedai kadang-kadang ada yang tak berapa kena pada tekak, contohnya kurang pedas, atau tak cukup rasa. Harga pun agak mahal jugak. Kalau buat sendiri lagi jimat dan lagi sedap. Kuah rojak ini kalau dimakan sejuk-sejuk pun sedap dan nak makan suam-suam pun sedap. Janji kena dengan tekak anda.

Cara penyediaan juga simple dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hanya boleh didapati didapur rumah anda sahaja. Rasa yang lemak-lemak manis gula melaka memang membangkitakan selera makan. Nak lagi sedap boleh taburkan kacang tanah tumbuk diatas rojak buah nie. Perh memang layan.

Resepi kuah rojak dari resepi Cik Puan Ameera yang paling mudah dan boleh ikut. Resepi beliau sangat simple dan ringkas ramai yang menyukainya dan lebih dari 24k perkongsian untuk resepi ini. Anda boleh follow step-step resepi yang dikongsikan beliau. Boleh buat banyak-banyak terus dan simpan dalam peti ais. Nanti boleh makan berulang kali.

 

RESEPI KUAH ROJAK HOMEMADE

Kuah rojak ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis buah seperti buah jambu, buah epal, nenas, betik, dan letak sayur pun boleh. Terpulang pada selera anda. Pasti anda dah tak sabar nak mencuba resepi ini. Tanpa membuang masa lagi apa kata lihat satu persatu, bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi kuah rojak ini.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • Belacan (diblend)
  • 3 cili kering (diblend)
  • 5 cili padi (diblend)
  • 2 cili merah besar (diblend)
  • 1 keping gula kabong
  • Asam jawa
  • 2 sudu pes otak udang
  • 1 1/2  sudu tepung jagung
  • Bijan
  • 1 botol kicap

CARA PENYEDIAAN KUAH ROJAK HOMEMADE :

▶️ Tuang kicap satu botol.

▶️ Kemudian ambil guna gula kabong atau gula melaka.

▶️ Selepas itu, masukkan bahan yang blend tadi  ke dalam periuk. Kacau sebati.

▶️ Kemudian masukkan asam jawa suku sudu. Bagi rasanya balance masam-masam cikit.

▶️ Otak udang 2 sudu makan. Otak udang tu pes udang.

▶️ Gula 3-4 senduk. Ikut tekak memasing ye. Kena rajin kacau, kalau tak dia muntah keluar.

▶️ Kemudian masukkan sos cili. Kacau sehingga sebati semua. Ambil tepung jagung dalam 2 sudu makan dan letak air sedikit.

▶️ Tuangkan dalam kuah rojak kita, tujuan untuk pekat likatkan kuah rojak. Api perlahan ye jangan kuat. Kacau sampai dia pekat.

▶️ Bijan sangaikan. Ketepikan bila dah siap.

▶️ Kemudian bila kuah rojak siap. Tuangkan bijan kedalam kuah rojak.

▶️ Tunggu sejuk baru makan, jangan panas panas makan buah jadi kecut. Nanti boleh salinkan ke dalam bekas letak dalam peti ais.

▶️ Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Coklat Chip Yang Sedap Dan Crunchy. Sesuai Dijadikan Kudapan Untuk Anda Seisi Keluarga!

 

Tada sangat mengiurkan! Kuah rojak ni nak tahan lama perlukan dimasak diatas dapur sehinggan betul-betul masak. Kemudian masukkan dalam bekas tetutup, bersih dan kering. Dan simpankan di dalam peti sejuk. Bila nak makan, boleh keluarkan dan bancuh untuk dimakan dengan buah-buahan.

Dalam resepi ni ada letak otak udang, rasa otak udang ini menambahkan lagi kesedapan resepi ini. Tapi kalau anda tidak suka boleh kecualikan otak udang dalam resepi ini. Resepi yang simple ini memang rugilah kalau anda tidak mencuba nya.

Kalau tiada kelapangan anda boleh save dulu resepi yang dikongsikan ini. Nanti boleh guna resepi ini bila-bila masa. Semoga perkongsian resepi kuah rojak homemade ini memberi anda manfaat. Boleh share kepada kawan-kawan anda supaya sama-sama mendapat manfaat dari resepi ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.