Resepi Ayam Masak Madu Merah Yang Super Marvelous. Makan Dengan Nasi Putih Confirm Terangkat!

0 1,352

Dalam banyak-banyak hidangan, rasanya hidangan ayamlah yang boleh dibuat pelbagai jenis masakan tak kira masak lemak, masak sos, bakar dan macam-macam lagi. Salah satunya darinya ialah ayam masak madu. Kalau anda suka hidangan ni boleh follow resepi ayam masak madu merah dibawah. Sambalnya kalau gaul dengan nasi memang padu rasanya.

Bila sekali kala nak tukar selera kadang-kadang keliru resepi apa yang sesuai untuk anak-anak. Ayam masak madu ni antara masakan yang digemar ramai. Rasa dia pedas-pedas manis dan wangi yang cukup membuka selera.  Hidangkan untuk anak-anak mesti mereka suka!

Bukan semata-mata sambal madu yang pedas manis je, siap ada aromanya lagi. Memang kalau makan dengan nasi panas-panas amat menyelerakan. Confirm anda makan bertambah-tambah nanti. Hidangan yang simple ni sesuai disajikan pada bila-bila masa sama ada makan tengah hari atau makan malam.

Resepi ni dikongsikan oleh Cik Puan Hana A Razak. Mudah je penyediaannya. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Aroma wangi yang disebabkan oleh daun pandan dan rempah sekawan yang tumis bersama bawang memang membangkitkan selera. 

Selain sedap dimakan dengan nasi putih, ayam masak madu ni juga dengan sedap dihidangkan dengan nasi yang berperisa seperti nasi tomato, nasi minyak, nasi hujan panas dan macam-macam lagi mengikut kesukaan dan citarasa masing-masing.

 

RESEPI AYAM MASAK MADU MERAH

Apa yang istimewa tentang hidangan ayam masak madu ni ialah hidangannya tu akan nampak cantik dengan warna sambal kemerahan dan berkilat bila dihidangkan. Pasti anda dah tak sabar nak mencubanya kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Ayam (digoreng separuh masak)
  • 1 helai daun pandan
  • 4 sekawan
  • 1 sudu madu
  • 2 sudu bawang kisar
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • Gula perang/gula gabung

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MADU MERAH :

▶️ Bersihkan ayam dan potong ikut suka. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak untuk lebih juicy.

▶️ Keluarkan sikit minyak dari gorengan ayam tadi. Kemudian masukkan bawang kisar, 3 sekawan, kulit kayu manis dan daun pandan. Tumis sehingga garing dan naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan tumisan hingga terbit minyak.

▶️ Masukkan sos tomato 1 sudu untuk beri rasa masam. Kalau nak gantikan dengan air asam pun boleh.

▶️ Kemudian masukkan pula sos cili 1 sudu. Kemudian gula kabung sedikit. Gaul sebati.

▶️ Lepas tu masukkan sedikit garam. Jangan masukkan garam lebih sangat sebab sos tadi dah berasa. Ayam juga dah digoreng dengan garam juga tadi.

▶️ Lepas tu masukkan sedikit air. Dan gaulkan sebati.

▶️ Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak tadi. Kacau sebati dan biarkan masak seketika.

▶️ Akhir sekali masukkan madu 1 sudu. Kalau tak nak sambal pedas sangat, boleh seimbangkan rasa dengan gula perang. Tapi kalau tak nak masukkan pun tak apa. Sebab tadi dah masukkan gula kabung.

▶️ Siap untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Lemak Pandan Yang Sedap Dan Menyelerakan. Rahsia Sambal Yang Padu Dan Wangi!

 

Tada! Lengkaplah satu hidangan untuk keluarga anda. Nak lagi sedap, sebelum padamkan api tu, boleh masak dan kacau lagi kuah sambal supaya kering sedikit. Bila sambal penuh selupat memang sangat sedap dan padu. Kalau masak hidangan ni pun cukup menyelerakan dah.

Hidangan yang simple ni, makan dengan nasi putih pun cukup. Gaulkan sambal madu dengan nasi panas-panas memang layan lah. Bila masak lauk ayam madu ni, nak hidangkan pada mak mertua or tetamu pun boleh. Senang je resepi ni dan rasa juga enak.

Kalau anda yang tak pernah cuba dan nak mencubanya boleh follow resepi yang yang dikongsikan ni step by step. Resepi ayam masak madu merah yang simple dan sedap ni sangat rugi lah kalau tidak mencubanya. Semoga resepi ni dapat memberikan anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.