Resepi Makaroni Bakar Cheese Yang Mudah Dibuat, Setiap Potongan Yang Mewah Dengan Rasa Cheese!
Makaroni adalah sejenis pasta kering dalam bentuk tiub. Ianya ialah makanan yang berasal dari Italy. Masakan yang femes dimasak daripada makaroni ialah mac and cheese. Tapi kali ini kami akan kongsikan Resepi Makaroni Bakar Cheese.
Makaroni diperbuat daripada gandum durum, biasanya tidak ditambah telur didalam adunannya. Pelbagai bentuk pasta yang dapat dilihat dari segi saiznya dan bentuk. Pasta ada dua jenis iaitu panjang dan pendek.
Sebelum dimasak, makaroni perlu direbus terlebih dahulu untuk lembutkannya kerana ianya datang dalam keadaan kering. Bila rebus terlalu lama makaroni akan overcook dan menjadi lembik, jadi tempoh masa untuk rebus makaroni adalah dalam 8 minit sahaja.
Biasanya semasa rebus apa-apa pasta seperti makaroni atau spaghetti akan diletakkan olive oil sedikit supaya nanti bila ditoskan air pasta tidak melekat dan kering. Ada yang letak olive oil selepas ditoskan air dan ratakan keseluruh pasta.
Jika tidak mempunyai olive oil, boleh juga gunakan minyak masak. Kegunaan olive oil hanya untuk mengelakkan pasta melekat dan kering sahaja. Resepi makaroni ini dikongsikan oleh Aisyah My.
RESEPI MAKARONI BAKAR CHEESE
Untuk hidangan ini, makaroni perlu digoreng terlebih dahulu. Bancuhan telur pula untuk melekatkan makaroni goreng supaya bila diangkat menjadi satu keping bila dipotong. Kemudian baru diletakkan bahagian cheese pada atasnya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan makaroni goreng :
- 200 gm makaroni direbus hingga lembut dan tos
- 3 ulas bawang putih cincang
- 1 biji bawang besar didadu
- 2 keping dada ayam ( potong kecil)
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 6 biji cendawan butang dihiris
CARA-CARA PENYEDIAAN MAKARONI GORENG
▶️ Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
▶️ Selepas itu, masukkan isi ayam, rempah kari, sos tiram dan tumis hingga masak.
▶️ Masukkan serbuk lada hitam, cendawan dan makaroni rebus.
▶️ Perasakan garam secukupnya. Kacau sebati dan siap.
Bahan makaroni cheese :
- 5 biji telur
- 300 ml susu cair/ segar
- 2 sudu besar tepung
- Garam
- 1 sudu besar serbuk pati ayam
- Campur semua bahan2 ini.
CARA-CARA PENYEDIAAN MAKARONI BAKAR CHEESE
▶️ Sediakan loyang 8 inci dan griskan. Panaskan oven.
▶️ Tuangkan makaroni yang digoreng tadi ke dalam loyang.
▶️ Kemudian tuangkan bancuhan susu dan telur.
▶️ Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit. Taburkan keju mozarella dan chedar parut diatasnya.
▶️ Taburkan mixed herb. Sambung bakar lagi 15 minit.
▶️ Bila dah masak boleh hidang bersama sos dan bawang goreng.
BACA JUGA : Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Yang Istimewa, Rasanya Yang Secukup Rasa Masam Dan Pedas!
Apabila sudah masak, bolehlah hiasi dengan sos, mayonis, daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Apabila dipotong lapisan makaroni tersalut elok dengan telur. Rasanya sangat sedap dan pasti akan membuat siapa yang mersanya akan sukakan rasanya.
Dengan makaroni macam-macam boleh dimasak, makaroni boleh digoreng, dibuat sup, dan dibakar. Semuanya hidangan ini sangat sedap walaupun makanan ini berasal dari Italy dan ramai pengemarnya disini.
Bukan susah untuk menyediakan hidangan ini, gabungan rasa daripada makaroni goreng, telur dan cheese sangat menyelerakan. Resepi makaroni bakar cheese ini boleh menjadi rujukan kepada semua yang ingin mencubanya!