Resepi Daging Goreng Kunyit Cili Benggala Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Dan Sambal Belacan Pasti Terangkatt!

0 706

Masakan goreng kunyit ni, merupakan masakan yang paling simple dan sedap. Biasanya yang paling famous ialah ayam goreng kunyitlah. Tapi bagi penggemar daging, anda boleh cuba resepi daging goreng kunyit cili benggala yang memang padu. Sedapnya lembab-lembab basah, makan dengan dengan nasi putih memang layan lah.

Kalau nak masak daging goreng, daging mestilah dihiris nipis-nipis. Barulah daging cepat lembut. Proses rebus daging anda perlukan selari dengan prosess masak goreng kunyit tu. Jangan rebus dan masaknya asing-asing nanti tak rasa air lemak-lemak daging tu nanti.

Cara penyediaan resepi daging goreng kunyit cili benggala ini juga mudah simple. Bahan yang digunakan pun tidak lah renyah. Hanya menggunkan 6 bahan yang biasa kita masak didapur sahaja. Yang buatkan sedapnya menu ini ialah cara masak daging yang direnehkan bersama bahan-bahan lain.

Kemudian dimasak pula lembab-lembah basah sedikit. Kalau makan dengan nasi panas-panas, memeng menyelerakan. Tak pandang lauk lain dah. Dah ada lauk daging goreng kunyit ni pun dan cukup. Kalau suka pedas nak hidang bersama dengan sambal belacan pun boleh. Terpulang pada selera.

Resepi ni dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie dalam resepi ini dagingnya dimasak lembut dan dihiasan dengan cili benggala yang berwarna warni memang menambah seri pada hidangan ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi resepi yang simple dan sedap ini. Jom lihat resepinya!

 

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT CILI BENGGALA 

Nak lagi sedap boleh je tambah potongan bawang hollond diakhir-akhir masakan. Rasa manis-manis bawang memang sedap. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi daging kunyit cili benggala ni.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 250 g daging
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu sos tiram
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Cili merah
  • Cili benggala

CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG KUNYIT CILI BENGGALA :

▶️ Mula-mula perapkan daging dengan garam dan kunyit. Hiris nipis supaya cepat empuk.

▶️ Panaskan minyak, gorengkan daging yang  perap awal tadi. Api kecil saja, tutup kuali supaya wap panas tu mempercepat proses melembutkan daging.

▶️ Bila daging dah empuk, masukkan bawang yang dihiris kasar. Gaul rata.

▶️ Masukkan halia yang dihiris nipis. Halia ni buat sedap ni. Wangi satu dapur.

▶️ Bila halia dan bawang dah kekuningan masukkan sos tiram. Kacau rata.

▶️ Masukkan cili benggala. Kalau suka pedas boleh masukkan cili api atau cili besar.

▶️ Jangan masak lama sangat cili benggala tu. Biar rangup rangup lagi sedap. Perasakan dengan garam ya. Gaul rata, matikan api.

▶️ Dah siappp. Selamat mencuba.

 

BACA JUGA: Resepi Kuah Rojak Homemade Yang Padu. Makan Sampai Menjilat Jari!

 

Tada dah siap! Nampak sedap dan menyelerakan daging kunyit ni. Kalau makan dengan nasi putih gaul sebati dengan minyak daging pun sedap. Mesti ramai yang suka macam tu. Style tu mak-mak kita pun selalu buat siap boleh bertambah-lambah lagi.

Hidangan ini juga sesuai untuk disajikan utuk santapan makan tengah hari ataupun makan malam. Anak-anak pun pasti suka. Kalau guna cili benggala ni tak rasa pedas sangat. Manis manis dari cili benggala mesti anak-anak pun boleh makan sekali. Tapi kalau nak letak sayur kacang panjang dan carrot pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.

Lepas ini boleh buat resepi daging goreng kunyit cili benggala ni sebagai menu simple tapi special untuk keluarga. Semoga dengan perkongsian ini memberi anda manfaat kepada anda. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.