Resepi Daging Masak Lada Hitam Puaka, Cara Masak Daging Sehingga Lembut Tanpa Perlu Direbus Terlebih Dahulu!

0 995

Kalau beli daging pasti akan masak yang berkuah, seperti gulai, sup atau kari kan? Pernah tak cuba masak daging goreng blackpaper? Kalau ada stock daging dan lada hitam dah boleh sedia untuk Resepi Daging Masak Lada Hitam Puaka.

Nak masak daging kena tahu cara potong yang betul supaya daging bila di masak tidak liat ketika makan, silap potong boleh lengguh rahang nak mengunyahnya. Cara potong daging yang betul ialah dengan melintang urat bukan mengikut urat.

Sebelum memotong daging, kenal pasti dahulu arah urat pada daging supaya tidak tersilap bila dipotong. Selepas itu, potong daging pada arah bertentang urat, jika urat berada dalam keadaan memanjang, potong melintang daging tersebut.

Lada hitam mempunyai rasa tersendiri, lada hitam mempunyai rasa pedas yang kuat dan berbeza dengan rasa pedas cili padi ye. Apabila mengambilnya, ia menggalakkan tubuh badan berpeluh dan menyikirkan toksin yang berbahaya daripada badan.

Banyak khasiat yang dapat daripada memakan lada hitam, salah satunya membantu proses penghadaman dan pencernaan. Resepi daging masak lada hitam puaka ini dikongsi oleh Umi Watie dilaman facebooknya.

 

RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM PUAKA

Ada orang bila nak goreng daging, mereka akan rebus daging terlebih dahulu sehingga empuk. Jadi daging akan digoreng sekejap disebabkan daging sudah empuk. Ada yang goreng daging tanpa minyak sehingga air daging keluar, itu bermakna daging sudah masak.

photo6271439777819635379.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 250 g daging
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis

 

CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK LADA HITAM PUAKA

▶️ Mula-mula daging dicuci bersih dan diperap satu jam dengan garam kunyit.

photo6271439777819635371.jpg (720×960)

▶️ Selepas satu jam, gorengkan dalam minyak sehingga keluar air daging dengan menggunakan api kecil. Tutupkan kuali dengan tudung periuk.

photo6271439777819635373+%281%29.jpg (720×960)

▶️ Apabila daging sudah kering, maknanya daging sudah masak elok.

photo6271439777819635374.jpg (720×960)

▶️ Masukkan bahan kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Kacau sehingga naik minyak.

photo6271439777819635375.jpg (720×960)

▶️ Apabila sudah naik minyak, masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar. Kacau seketika.

photo6271439777819635376.jpg (720×960)

▶️ Kemudian, masukkan sos lada hitam dan kicap manis.

photo6271439777819635377.jpg (720×960)

▶️ Akhir sekali masukkana bawang merah potong sedikit. Kacau-kacau dan siap.

photo6271439777819635378.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Resepi Udang Masak Merah Madu Yang Enak, Rasa Pedas Dan Manis Sambalnya Yang Secukup Rasa!

 

Apabila sudah masak, hidangkan dengan nasi panas dan kemudian percikkan dengan kicap manis. Perhh! Makan macam ni je boleh bertambah-tambah nasi, belum ada lauk lain lagi. Bila makan simple-simple macam ni lagi menyelerakan.

238728472472.jpg (1200×800)

Hidangan ini akan berminyak sedikit, tapi sebenarnya minyak tu kalau digaul dengan nasi lagi sedap kerana minyak yang ditumis sudah ada rasa dari bahan tumisan. Jika ingin nampak lebih berseri, boleh tambahkan keratan lobak merah atau potongan cili besar merah didalam hidangan.

Hidangan yang simple jangan dikata tak sedap ye, kadang-kadang ini penyebab kita makan bertambah. Resepi daging masak lada hitam puaka ini agak pedas kerana lada hitam yang dimasukkan, kalau tidak suka terlalu pedas boleh kurangkannya. Selamat mencuba resepi ini !

Leave A Reply

Your email address will not be published.