Resepi Pau Cendawan Yang Super Lembut Dan Gebu Gebas. Menggunakan Inti Daging Ayam Yang Cukup Menyelerakan!
Pasti anda masih ingat pau cendawan yang viral setiap kali bulan puasa? Kalau diingatkan balik pasti anda teringin nak merasainya lagi kan! Jangan risau jom ikut perkongsian resepi pau cendawan lembut dan gebu ni. Kena pula inti ayam yang sedap. Confirm sebiji dua tak cukup.
Kalau dihidangakan untuk anak-anak pau cendawan yang comel ni pasti mereka suka. Simple dan kena dengan selera mereka. Tambahan pula bila guna inti ayam lagi bertambah padu. Namun selain inti ayam anda juga boleh menggunakan inti kacang merah, kaya, pandan, coklat dan sebagainya.
Bahan-bahan untuk membuat pau cendawan tidak lah renyah. Malah cara penyediaan resepi ni pun sangat mudah. Cuma cabarannya ialah perlu menguli sehingga betul-betul elasti. Barulah dapat hasilkan pau cendawan yang lembut dan gebu gebas seperti yang diinginkan.
Pasti anda tertanya-tanya macam untuk menghasilkan bentuk seperti cendawan. Caranya tak susah pun. Bahagian tangkai bulatkan doh, kemudian bentukkan memanjang seperti tangkai. Manakala bancuh serbuk koko dengan air. Kemudian beruskan dipermukaan pau. Mudahkan!
Kadang-kadang kita takut nak cuba buat dirumah. Risau tak menjadi lembut, tak gebu dan yang paling risau takutnya teksturnya tak cantik seperti cendawan. Sebenarnya ada cara nak buat pau ni gebu dan lembut iaitu follow je resepi yang dikongsi oleh Cik Puan Ahlia Fazrul. Confirm kuih pau anda akan menjadi elok.
RESEPI PAU CENDAWAN
Cara nak lagi senang uli, boleh juga pakai mixser. Uli adunan tersebut sehingga menjadi doh dan bentukkan menjadi pau. Wah mudahnya! Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi ni kan. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 250g tepung pau
- 1st yis
- 150ml air suam
- 50g gula kastor
- 1st baking powder
- 1st bread softener
- 20g shortening
Bahan chocolate :
- 2 sudu serbuk koko
- 2 sudu tepung beras
- 50ml air
Bahan untuk inti :
- 100g isi ayam (potong dadu)
- 100g ubi kentang- ptong dadu
- 2 ulas bawang merah
- 1ulas bawang putih
- 2 sudu serbuk kari Babas
- Gula& garam cukup rasa
- Sedikit air
CARA PENYEDIAAN PAU CENDAWAN :
▶️ Bancuh yis dengan air suam. Tunggu hingga berbuih.
▶️ Dalam bekas lain, satukan semua bahan kecuali shortening. Gaul dan uli hingga sebati kemudian masukkan shortening, uli lagi hingga doh lembut dan tak melekat ditangan.
▶️ Rehatkan doh hingga doh mengembang 1x ganda.
▶️ Sementara itu, buatkan inti pau. Tumis bawang yang telah dikisar/tumbuk halus.
▶️ Masukkan isi ayam, goreng sekejap hingga kekuningan. Kemudian masukkan ubi kentang dan rempah kari babas.
▶️ Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih perlahan-lahan hingga ubi lembut.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Tutup api.
▶️ Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Tapi tinggalkan sedikit untuk tangkai.
▶️ Bulatkan doh, leperkan dan masukkan inti. Tutup doh dan bulatkan sedikit. Ulang hingga habis.
▶️ Bahagian tangkai bulatkan doh. Kemudian bentukkan memanjang seperti tangkai.
▶️ Bancuh serbuk koko tadi dengan air. Kemudian beruskan dipermukaan pau. Rehatkan selama 30 minit/ hingga pau mengembang dan choc dipermukaan pau merekah dengan elok.
▶️ Panaskan kukusan. Kukus pau 7-10minit. Keluarkan sekejap, buatkan sedikit lubang dibahagian bawah pau dan masukkan tangkai tadi. Kukus balik dalam 1-2minit.
▶️ Angkat dan sejukkan didalam pinggan, siap untuk dihidang.
BACA JUGA: Resepi Kuih Bata Buruk @ Bantal Buruk Yang Unik Dan Sedap. Setiap Suapan Memang Terasa Isi Ikannya!
Yummy! Terus rasa lapar. Kalau makan yang betul-betul panas. Yang berasap-asap. Lagi sedap. Lagi-lagi kalau terasa panasnya sampai ke inti. Confirm buat sikit-sikit pasti tak cukup ni. Pau ni memang sesuai makan waktu santai-santai bersama keluarga pasti seronok sangat.
Tis yang penting juga. Pastikan guna api yang kuat dan jangan lupa tutup tudung periuk dengan kain supaya wap tak menitik atas pau. Bila pau dah masak, terus tutup api dan bagi wap reda dulu. Buka tutup periuk dan angkat pau. Pastikan jangan kukus terlalu lama.
Mudah je kan sebenarnya. Kukuk pun tak lama. Cuma bab menguli kalau pakai tangan agak lama sedikit. Tapi hasilnya akan dapat pau cendawan yang gebu gebas. Semoga dengan perkongsian resepi pau cendawan ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!