Resepi Ikan Tengggiri Berlado Yang Simple Dan Sedap. Pasti Membangkitkan Selera!
Masakan berlado adalah satu masakan semestinya yang menjadi kegemaran oleh setiap orang. Hari ini, apa kata kita masak menu yang dikongsikan iaitu resepi ikan tenggiri berlado. Teknik memasak sambal berlado adalah dengan cara menumis cili dengan bawang merah, bawang putih dan ditambah sedikit perasa sahaja.
Masakan berlado bukan sahaja boleh dimasakan mengunakan ikan tetapi boleh mengunakan ayam, telur, udang , sotong, tempe lain- lain. Resepi ini boleh dimasak mengikut cita rasa anda. Jika anda suka pedas, pasti anda akan suka resepi ini.
Resepi ini sangat sesuai dicuba kerana cara penyediaan yang sangat simple dan rasanya pasti akan membangitkan selera anda. Bahan untuk memasak resepi ikan tenggiri berlado ini juga mudah didapati . Menu ini juga sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau pun malam.
Bila makan dengan nasi putih pasti akan bertambah-tambah selera anda. Masak dirumah lebih jimatkan dan tidak perlu mengeluarkan model yang banyak, jika tidak suka ikan tenggiri anda boleh tukar dengan ikan lain seperti ikan kembung, ikan keli atau sebagainya.
Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook cik Nurul Ateekah. Terima kasih juga berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan boleh makan bertamanh. Tak rugi cuba tau!
RESEPI IKAN TENGGIRI BERLADO
Menu yang sangat simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara tenggiri berlada yang super sedap ini. Menu yang sangat simple tapi membuatkan anda makan bertambah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 7-8 Keping ikan
- 11 Biji cili merah
- 3 Ulas bawang putih
- 1/3 Bawang besar
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 1 Batang serai
- 2 Helai daun limau purut
CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI :
▶️ Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
▶️ Gunakan minyak yang sama, masukkan cili yg telah dikisar tadi, serai dan daun limau purut . Tumis sehingga pecah minyak.
▶️ Kemudian masukkan tomato, serbuk belacan,dan bahan lain. Gaulkan dan perasakan dengan secukup rasa yang dimahukan.
▶️ Masukkan ikan yang telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan biarkan ianya masak seketika
▶️ Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang .
BACA JUGA: Resepi Karipap Telur @Karipap Giant Paratha. Sedap, Lembut Dan Isi Dalam Padat!
Tada! Nampak sangat menyelerakan. Tak susah pun nak menyediakan resepi ini, kalau masak sendiri akan lebih buat hati makan. Anda juga boleh ubah kepedasan mengikut cita rasa anda. Menu yang simple confirm menjadikan kesukaan kelurga anda.
Nak lagi sedap hilangkan dengan telur dadar, makan dengan telur dadar confirm bertambah selera lagi. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi ikan tenggiri berlado ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ikan tenggiri berlado yang sangat padu ini. Selamat mencuba!