Resepi Muruku Ketagih Yang Enak Dijadikan Kudapan, Setiap Gigitan Terasa Keranggupannya!
Muruku merupakan sejenis makanan dari India. Perkataan muruku berasal dari perkataan tamil yang bermaksud ‘berpusar’, yang merujuk pada bentuk makanan tersebut. Jom lihat Resepi Muruku Ketagih ini.
Muruku merupakan snek yang ranggup dan savoury, sangat sedap apabila dibuat kudapan. Salah satu makanan yang dijamah setiap hari tidak kira pagi, tengahari atau malam. Rasa rempah-rempah didalamnya yang sedap sekali.
Ianya juga merupakan snek yang wajib ada disetiap kediaman orang India yang menyambut deepavali. Muruku merupakan snek traditional yang menggunakan tepung beras dan tepung dal putih serta dicampur dengan rempah ratus.
Sekarang ini muruku menjadi snek kegemaran ramai yang digemari juga dalam kalangan orang cina dan melayu. Bukan sahaja pada hari deepavali terhidang muruku, pada tahun baru cina dan hari raya juga ada dihidangkan muruku.
Sekarang ini muruku bukan sahaja dibuat oleh orang india, malah sekarang orang melayu juga sudah ada yang usaha perniagaan muruku, jadi sekarang sangat mudah untuk dapatkan muruku yang halal. Resepi ini telah dikongsi oleh Qaseh E’zura Ramli.
RESEPI MURUKU KETAGIH
Terdapat banyak jenis muruku, ini diantaranya muruku reben, muruku bawang putih, butter muruku, muruku jintan manis, dan juga omapodi. Mungkin nama-nama ini asing bagi kita orang melayu tapi mungkin semua jenis muruku ini pernah kita rasa.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 500g tepung maruku cap babas
- 1/2 peket tepung pulut
- 2 sudu makan planta/majerin
- 3 sudu makan biji jemuju (optional)
- 3 sudu makan bijan (optional)
- 1cawan santan kotak kara
- sedikit garam
- Air sedikit
CARA-CARA PENYEDIAAN MURUKU KETAGIH
▶️ Mula-mula satukan tepung muruku, tepung pulut, majerin, biji jemuju, bijan dan garam. Ramas bagi sebati.
▶️ Selepas itu baru bancuh dengan santan dan air, air ni agak-agak bancuh sikit demi sedikit seperti buat doh karipap, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
▶️ Apabila siap jadi doh boleh masukkan dalam acuan muruku sampai penuh acuan tu.
▶️ Gunting petak-petak kertas bungkus nasi atau daun pisang, untuk memudahkan apabila nak angkat masuk ke dalam kuali nanti.
▶️ Akhir sekali goreng dalam api yang sederhana sampai masak. boleh masukkan sedikit daun kari ketika mengoreng untuk mendapatkan aroma yang harum dari daun kari.
BACA JUGA : Resepi Kentang Bilis Cili Berempah, Hidangan Yang Simple Tetapi Sangat Menyelerakan!
Sebenarnya tak susah pun nak buat muruku ni, mungkin memerlukan sedikit teknik dalam membentuk muruku dalam keadaan berpusar. Rasa yang ranggup dari muruku membuatkan susah nak berhenti mengunyah.
Selepas mengoreng muruku, sejat dahulu dan sejukkan sementara sebelum dimasukkan kedalam bekas supaya minyak dapat dikeluarkan dan tidak lemau apabila disimpan didalam bekas.
Tak semestinya nak tunggu raya baru dapat mencuba resepi muruku ketagih ini, buat untuk kudapan keluarga makan ketika menonton tv atau makan ketika bersantai syok sangat! Jom cuba resepi ini!