Resepi Nasi Lemak Mudah Dan Paling Simple. Hidangan Yang Pasti Disukai Ramai!
Mana ada orang Malaysia yang tak pernah makan nasi lemak dan tak suka makan nasi lemak kan? Resepi nasi lemak mudah dan ibu-ibu boleh buat bila-bila masa sahaja untuk makan bersama keluarga.
Nasi lemak boleh dimakan pada bila-bila sahaja, tapi kebanyakkan nasi lemak banyak orang makan pada waktu pagi. Nasi lemak dengan sarapan memang dah tak boleh berengan orang kata.
Apa yang best bila masak nasi lemak ialah ibu-ibu dah tak perlu nak masak banyak lauk, cukup sambal ikan bilis, timun, telur rebus atau goreng. Ini kira nasi lemak yang simple, tapi boleh je kalau nak sambal tu special sikit makan dengan sambal sotong ke.
Kesedapan nasi lemak bergantung pada sambalnya, kalau sedap sambal tu, maka sedaplah nasi lemak yang kita buat tu. Resepi nasi lemak kali ini telah dikongsi oleh Chek Kuna Ahmad .
Sebungkus nasi lemak boleh didapati dengan harga Cuma RM1.50 sahaja sebungkus, jadi tak hairanlah ramai yang suka makan nasi lemak untuk sarapan pagi.
RESEPI NASI LEMAK
Pelbagai menu lauk boleh dimakan dengan nasi lemak, cuma yang basic nasi lemak sambal bilis dan telur rebus pun dah cukup menyelerakan dah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk sambal ikan bilis
- Bawang putih ( kisar )
- Bawang merah ( kisar )
- 2 senduk cili kisar
- Ikan bilis (dibersihkan )
- 2 senduk Minyak masak
- Pes asam jawa
- 2 biji bawang besar dipotong nipis
- 1 sudu besar garam
- Gula
- Serbuk perasa
CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL NASI LEMAK
▶️ Mula-mula panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
▶️ Selepas itu, tumis dalam 1 ½ senduk bawang kisar ( bawang putih dan bawang merah blend sekali ) dengan 1 sudu garam. Tumis sehingga keperangan.
▶️ Selepas bawang tumis dah keperangan baru masukkan cili kisar.
▶️ Masukkan beberapa sudu gula, untuk cili cepat garing.
▶️ Kemudian masukkan pes asam jawa. Kacau sehingga sebati.
▶️ Masukkan bawang besar, kacau rata dan slowkan api.
▶️ Masak sambal sehingga betul-betul garing, dan masukkan 2 cawan air panas/suam.
▶️ Kacau sehingga sambal pekat sedikit dan baru masukkan ikan bilis goreng.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap!
Bahan untuk memasak nasi lemak
- 1 biji kelapa parut ( blend – 2 kali perahan santan )
- Garam secukupnya
- Daun pandan
- Hirisan halia ( optional )
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK :
▶️ Cuci beras sehingga bersih.
▶️ Selepas itu, masukkan santan mengikut sukatan beras yang nak dimasak.
▶️ Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak.
▶️ Kemudian, masukkan garam dan halia, kacau rata.
▶️ Daun pandan dicuci, carik-carikan dan diikat.
▶️ Dah boleh masak nasi.
BACA JUGA : Resepi Biskut Nutella Swiss. Biskut Premium Yang Senang Dibuat!
Nampak menyelerakan betul nasi lemak ni, bau dari santan dan daun pandan betul-betul menaikan aroma nasi lemak. Makan pulak dengan telur rebus dan timun memang tak cukup sepinggan ni. Siap boleh buat bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah.
Tak hairanlah kalau KFC dan McDonald boleh buat menu nasi lemak, sebab orang kita memang suka makan nasi lemak tak kira masa. Ditambah pula nasi lemak makan dengan ayam goreng atau ayam goreng berempah memang sangat sedap!
Mudah je, nak buat satu hidangan lengkap. Ibu-ibu dah tak perlu nak pening fikir nak masak lauk apa harini. Follow je resepi nasi lemak ni, pasti anak-anak selera makan. Selamat mencuba!