Resepi Bihun Bakso Yang Simple dan Sedap. Makan Dengan Sambal Cili Lagi Padu!

0 3,572

Sedapnya kalau dapat makan bakso time hujan kan. Dapat hirup kuah bakso yang panas-panas,  dimakan dengan bebola daging, bihun serta sambal istimewa pasti membangkitkan selera. Hari ni nak share resepi bihun bakso yang wajib anda try di rumah, rasanya sama macam anda beli dikedai.

Bakso dikatakan berasal dari daripada Indonesia tetapi menu ini menjadi kesukaan setiap orang. Payah nak cari kuah bakso yang betul-betul sedapkan. Tapi kalau anda ikut resepi yang dikongsikan ini, serius kuah bakso akan sedap, anda pasti tak cukup makan semangkuk.

Bakso utara juga merupakan salah satu bakso yang sedap dan menepati selera, namun tak perlu samai ke Utara untuk mencari bakso ini, sebab bakso utara ada dijual dekat pasar malam ataupun dikedai. Tapi kalau buat sendiri lagi anda puas hati, boleh makan puas-puas.

Jika dibandingkan dengan lauk lain, menu bakso lagi mudah penyediaan. Oleh itu, pada musim perayaan, nak hidangan kepada tetamu yang ramai sesuai dihidangakan bakso ataupun makanan bersup. Boleh buat banyak satu periuk dan hanya dipanaskan bila hendak makan.

Bagi peminat bakso anda boleh cuba sendiri buat kat rumah. Menu ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu cik puan Fara Amirullah. Bahan-bahan yang digunakan dalam menyediakan bakso ini juga mudah disediakan. Selamat mencuba!

 

RESEPI BIHUN BAKSO

Makan bakso ini tidak sah jika tiada sambal cili atau sambal kicap, wajib ada kalau nak lagi sedap. Bila makan, gaulkan bersama sambal tersebut baru lah semangkut tak cukup. Hidangan ini juga sesuai juga dihidangakan pada waktu petang ataupun malam.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4-5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 2-3 helai daun bay leaf (kalau tak ada pun tak apa)

 

Bahan-bahan bebola daging :
  • 250gm daging kisar
  • 3 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu makan garlic in olive oil
  • 1/2 sudu makan lada putih
  • 1 biji putih telur

Bahan-bahan sambal : 
  • 20 biji cili api merah
  • 10 biji cili api hijau
  • 5 biji cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu makan cuka epal
  • Garam secukup rasa

[]

CARA PENYEDIAAN BAKSO :

▶️ First untuk menyediakan kuah bakso panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi masukkan daun bay leaf. Dah naik bau masukkan air.

▶️ Masukkan 3 jag air dan masukkan garam sikit. Sup bakso ni tak payah masak sedap-sedap  sebab nanti kita nak seimbangkan rasa dia dengan kicap, sos dan sambal bakso.

▶️  Cara untuk buat bebola daging. Kisar ke semua bahan sampai halus tuang adunan ke dalam mangkuk dan uli. Nak senang pakai senduk spaghetti sahaja. Tekan yang lubang tengah pada daging yg dikisar. Kemudian sudukan daging ke dalam sup.

[]

▶️ Daging yang dah dikisar tadi, dah uli terus masukkan ke dalam sup yg kita dah buat. Masak sampai daging empuk.

▶️ Akhir sekali, kisar semua cili untuk dijadikan sambal, setelah siap masukkan sambal, daun sup, daun bawang, bawang goreng di dalam bekas berasingan. Jangan lupa sos cili dan kicap pekat.

▶️ Celur bihun dengan air panas sekejap dan toskan. Kalau nak pakai mee pun boleh.

▶️ Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Seri Muka Menggunakan Acuan Lompang. Sedap Dan Lemak Berkrim Pasti Disukai Ramai!

 

Wah! Bila dah macam ini, rasa tak sabar nak makan. Bolehlah hidangkan bersama dengan bahan tambahan lain seperti sayur kobis, bawang goreng, daun sup, kalau anda suka rasa masam-masam cikit boleh letak limau. Confirm bertambah-tambah dibuatnya.

Resepi ini sangat simple dan senang nak buat. Jika anda penggemar bakso dan teringin nak makan bakso bihun yang simple ini, boleh follow resepi yang dikongsikan. Jika nak tukar mee pun boleh, terpulang pada cita rasa masing-masing.

Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi bihun bakso ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi bakso yang sangat sedap ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.