Resepi Rendang Ayam Style Perak Yang Simple Dan Sedap. Ianya Pasti Menjadi Hidangan Kesukaan Ramai!
Bila tengok resepi rendang, terus teringat waktu raya. Menu ini wajib dihidang pada pagi raya. Sedap betul bila dimakan dengan ketupat dan lemang. Tapi rendang nak makan dengan nasi putih pun sedap. Jadi hari ini apa kita masak resepi rendang ayam untuk hidangan lunch bersama keluarga. Pasti seronok kan!
Resepi rendang ayam ni memang sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit dan daun limau purut pula menambahkan lagi keistimewaan rasa rendang ayam ini.
Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Dipasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan. Lagi lah rendang kita elok berlemak. Cara masak rendang ni ada pelbagai cara. Ada yang suka kering dan ada yang suka basah-basah. Terpulang pada selera masing-masing.
Kalau di perak rendangnya lebih popular dengan masakan rendang tok. Dikatakan rasa dia menang sedap bila dimasak dengan menggunakan daging lembu. Daging lembu pejal tak hancur, kuahnya tak terlalu basah, kering dan berserbuk dan paling sedap rasa ketumbar berselang seli dengan rasa rempah-rempah yang dimasak lama sampai mesra jadinya.
Mungkin disetiap negeri lain kaedah penyediaan. Namun mempunyai rasa keunikkannya yang tersendiri. Apa kata hari ni kita lihat perkongian dari Cik Puan Ameera. Menurut beliau resepi ini rendang ayam style perak. Nampak gambar pun dah berselera je nak makan. Jom masak!
RESEPI RENDANG AYAM STYLE PERAK
Hidang ini kalau makan dengan nasi putih panas-panas pun layan. Perut pun dan rasa lapar. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan rendang ayam membangkitan selera ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 2 ekor ayam
- 5 batang serai
- 1 labu bawang putih
- 4 biji bawang besar
- 2 sudu kerisik
- 1 sudu garam
- 2 sudu gula
- Kunyit hidup
- Lengkuas
- Halia
- Daun limau purut
- Daun kunyit
- Santan
CARA PENYEDIAAN RENDANG AYAM STYLE PERAK :
▶️ Cuci bersih ayam. Potong 24 ayam tersebut. Tapi ianya terpulang pada selera anda.
▶️ Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia dan kunyit. Nak tambah cili pun terpulang.
▶️ Masukkan air sedikit. Dan blend sehingga hancur.
▶️ Kemudian ambilkan kuali. Masukkan ayam ke dalam kuali.
▶️ Tuang bahan blend tadi kedalam kuali. Dan masukkan 2 sudu cili kering, dan 3 keping asam keping.
▶️ Kacau rata. Dan masak selama 20 minit.
▶️ Bila ayam dan begini atau kering sedikit. Perlahankan sedikit api.
▶️ Kemudian masukkan kerisik dalam 2 inci, 2 sudu gula, 1 sudu garam. Kacau rata.
▶️ Kemudian masukkan santan. Kacau rata kesemua bahan.
▶️ Masukkkan 2 helai daun limau purut. Bahagian tengah itu perlu dibuang supaya tidak pahit.
▶️ Kacau sebati, nampak rendang agak sedikit kering. Kemudian masukkan hirisan daun kunyit.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Resepi Mangga Cheesecake Marvelous Yang Viral. Makan Sampai Menjilat Jari!
Fuhh! Memang sedap rendang ni dimakan pula panas-panas. Walaupun bukan musim percaya rendang ini menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita. Ada yang jadikan rendang ini hidangan sarapan pagi dimakan dengan nasi impit. Ianya terpulang pada selera masing-masing.
Selain dimakan dengan nasi impit, boleh juga tanak pulut kuning. Makan dengan pulut kuning perhh pasti terangat. Ramai juga perniaga-peniaga yang menjadikan hidangan ini sebagai jualan untuk menambah perdapatan beliau. Malah pulut puning rendang memang menjadi permintaan yang tinggi dipasaran.
Anda pun boleh buat sendiri rendang ini dirumah. Untuk yang nak mula belajar masak redang, boleh follow resepi rendang ayam yang padu in. Mudah dan simple je. Semoga dengan perkongsian resepi ini memberikan manfaat kepada semua. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!