Resepi Nasi Hujan Panas. Nasi Yang Berwarna-warni Sangat Enak Dimakan Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

0 7,825

Nasi hujan panas, nasi yang paling ceria sebab berwarna-warni. Resepi Nasi Hujan Panas senang dibuat dan aroma nasinya yang begitu menyelerakan.

Biasanya menu paling senang makan nasi hujan panas dengan ayam masak merah dan jelatah timun, tapi kali ni kita bagi extra menu daging masak hitam.

Ini betul-betul nasi kenduri ni, ada ayam masak merah, daging masak hitam dan jelatah. Memang satu set lengkap nasi kenduri.

Dapat makan hidangan kenduri memang sedap betul, tak hairanlah kalau pergi rumah kenduri orang akan makan siap bertambah lagi kalau kena dengan seleranya.

Hidangan nasi hujan panas yang sedap ini telah dikongsi oleh Amoi Sally. Siap bagi dua jenis resepi lauk lagi, macam mana tak sedapkan.

 

RESEPI NASI HUJAN PANAS

Hidangan nasi hujan panas biasanya akan dibuat pada hari kenduri, hari raya atau majlis-majlis tertentu. Jarang dibuat untuk makan pada hari biasa.

Bahan yang diperlukan :
Nasi Hujan Panas
  • 4 pot beras basmathi rendam cuci bersih
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 biji bwg merah hiris halus
  • 1 inci halia hiris
  • 4 ulas bwg putih hiris
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun pandan
  • 1/2 tin Susu cair
  • 1 Kiub ayam
  • 2 sudu mkn Minyk sapi
  • Minyk jagung/Minyk masak

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI HUJAN PANAS

▶️ Masukkan Minyak sapi dan sedikit minyak jagung dan tumis rempah 4 sekawan,serai , bahan-bahan hiris ,daun pandan dan.kiub ayam

▶️ Tumis semua bahan tumisan sehingga naik bau dan bawang layu.

▶️ Selepas itu, masuk beras yang telah ditos, gaul sebati hingga air beras tadi kering.

▶️ Kemudian masukkan air dan susu cair dan perasakan degan garam sedikit .

▶️ Akhir sekali, masukkan lagi daun pandan tutup periuk biarkan masak.

▶️ Apabila nasi dah kering buat 6 lubang(cucuk guna lidi) Bole letak pewarna kuning , merah , hijau  tutup n biar kn nasi masak.

Resepi ayam masak merah
  • 1ekor ayam
  • Rempah 4sekawn
  • 3 biji bwg merah ~hiris
  • 4 ulas bwg putih ~hiris
  • 2 halia ~hiris
  • 2 batang serai ketuk
  • Sos tomato /tomato purée
  • Sos Cili
  • Buah tomato (kalau nk )
  • 1/2 tin susu cair (agak2 lh )
Bahan-bahan kisar
  • 2 biji bwg merah
  • 4 biji bwg putih
  • 2 inci halia
  • Cili kering (agak2 nk pedas mne)

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH

▶️ Cuci ayam bersih-bersih dan lumurkan garam kunyit. Goreng 1/2 masak .

▶️ Panaskan Minyak , msukkan 4 sekawan, bahan hiris , serai dan tumis hingga naik bau.

▶️ Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah Minyak .

▶️ Selepas itu, masuk sos tomato sos Cili masak hingga garing.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Akhir sekali, masukkan ayam gaul-gaul sebati dan masukkan tomato dan susu cair (agak2 ye) biarkan masak.

Resepi daging masak hitam
  • 1 kg daging (Amie rebus kejap )
  • 1/2 botol kecil kicap Jalen warna merah
  • Gula pasir/gula Melaka
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • Bawang besar mayang – hiasan
Bahan Kisar:
  • 10 batang serai
  • 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas (letak lebih Sbb pedas2 sikit sedap )
  • halia – 4 ke 5 inci
  • 2 biji bawang Holland
  • 6 biji buah keras
  • 1 labu bawang putih

CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK HITAM

▶️ Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain.

▶️ Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.

▶️ Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam.

▶️ Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Masak Kicap Pedas. Masak Kicap Yang Super Sedap, Makan Seketul Pun Tak Cukup!

 

Walaupun penat masak dengan bermacam hidangan tapi hasilnya sedap sekali. Makan pula dengan jelatah timun baru cukup lengkap macam nasi kenduri.

Nasi hujan panas ada yang dimakan dengan rendang daging atau ayam, tapi biasa dijumpai makan dengan ayam masak merah.

Resepi nasi hujan panas yang lengkap ini boleh ibu-ibu follow, tapi kena masak awal-awal kalau nak makan tengahari nanti takut makan masa yang lama untuk menyediakan dua jenis lauk. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.