Resepi Mee Kari Yang Sedap Secukup Rasa, Gerenti Tak Cukup Makan Semangkuk!
Mee kari merupakan salah satu Chinese cuisine, Resepi Mee Kari dibawa oleh pedagang cina yang ingin bereksperimentasi dengan rempah ratus yang dibawa oleh pedagang india. Mee kari telah menjadi kegemaran ramai.
Mee kari menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rasanya yang pedas, berlemak dan digabungkan dengan mee kuning serta mewah dengan condiments yang lain. Sesiapa yang merasanya pasti akan menyukai rasanya.
Biasanya kuah kari untuk mee kari akan dimasukkan ayam, bebola, tauhu kering, isi kerang, dan fishcake. Condiments ini tidak semestinya wajib dimasukkan, ikut pada selera masing-masing dan bahan yang diingini.
Mee yang digunakan biasanya mee kuning, jadi mee kuning sebelum dihidangkan perlu dibasuh bersih dan dicelur seketika untuk membuang rasa pahit pada mee dan lembutkan mee. Kalau nak guna mee selain mee kuning pun boleh seperti homemade mee, atau spaghetti
Nak masak hidangan ini tidaklah susah, mungkin nampak rumit sebab condiments nya agak banyak yang perlu disediakan. Resepi mee kari ini telah dikongsi oleh Nuryusra Ibrahim Kutty
RESEPI MEE KARI
Kadang-kadang bila masak kuah kari jadi terlebih cair pulak, mee kari kalau kuah terlalu cair rasanya kurang melekat ye. Jadi nak selamatkan kuah bagi pekat boleh cuba rebus beberapa biji ubi kentang sehingga empuk dan kisar sampai hancur baru masukkan dalam kuah dan masak seketika.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-bahan kuah kari :
- 2 biji bawang besar (dikisar)
- 4 biji bawang merah (dikisar)
- 6 ulas bawang putih (dikisar)
- Sedikit udang kering (dikisar)
- Daun kari
- 1 batang serai diketuk
- 4 sekawan
- 5 sudu besar rempah kari ayam
- 3 sudu besar serbuk lada
- 2 kotak santan
- Ayam
- Kerang
- Fishcake
- 1 paket tauhu puff
- Kiub ayam
- Garam
- Gula
Condiments lain :
- Mee kuning (dicelur)
- Sawi (dipotong dan dicelur)
- Taugeh (dicelur)
- Cili hijau dan cili merah (dipotong)
- Bawang goreng
- Limau kasturi (dibelah dua)
- Telur rebus (dipotong separuh)
CARA-CARA PENYEDIAAN MEE KARI
▶️ Tumis 4 sekawan bersama serai dan daun kari.
▶️ Kemudian tumis bahan kisar sampai naik bau, selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk lada ,tumis sampai pecah minyak.
▶️ Apabila rempah dah bau wangi masukkan ayam dan tambah air.
▶️ Bila kuah dah mendidih masukkan kiub ayam, garam, tauhu puff, fishcake, kerang dan santan biarkan sekejap bagi kuah serap masuk.
▶️ Akhir sekali apabila dah serap elok, boleh lah tutup api.
BACA JUGA : Resepi Kek Pisang Yang Moist, Dengan Blender Semua Bahan Sudah Dapat Kek Yang Sempurna!
Perh! Mengancam betul mee kari ni, kalau dapat makan semangkuk pun tak cukup. Baik buat sendiri lagi sedap, kadang-kadang beli kat luar tak kena dengan selera kita, kuah tak pekatlah, tak cukup rasalah.
Kalau perasan orang cina akan mee kari mereka dengan sambal merah, sambal yang dimasak sehingga pecah minyak. Nak buat sambal merah ini pun boleh, jika tak mahu pun boleh. Ikut selera masing-masing.
Bila buat sendiri pasti mewah dengan bahan-bahan dalamnya, yelah nak makan sendiri perlu buat sedap-sedap. Boleh follow resepi mee kari yang kami kongsikan ini, selamat mencuba!