Resepi Bubur Jagung Simple Menggunakan 3 Bahan Saja. Rasa Lemak Manis Secukup Rasa!
Resepi bubur jagung merupakan manisan pencuci mulut yang popular untuk juadah berbuka puasa ataupun untuk minum petang. Ianya sedap dimakan begitu sahaja ataupun sedap dicicah dengan roti putih. Bubur jagung rasanya enak dan lemak-lemak manis. Ianya juga sangat mudah dan cepat untuk disediakan.
Cara penyediaan bubur jagung sangat simple hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Seperti cream style corn, sweet corn, dan susu cair. Resepi ini tidak menggunakan santan dan hanya menggunakna bahan segera. Namun rasanya rasa yang sangat sedap dan lemak-lemak manis daripada jagung itu sendiri. Ditambah pula aroma daun pandan yang wangi memang memikat selera.
Kalau ada jagung segar anda boleh gunakan jagung segar. Hiris jagung dari tongkolnya. Hiris 2 pada setiap sisi agar setiap biji jagung terpotong dua. Supaya rasa jagung lebih terasa dan mudah empuk. Rasa jagung segar juga sedap namun ianya agak sedikit keras berbanding jagung didalam tin.
Kalau gunakan jagung dalam tin, tidak perlu masukkan garam sebab jagung dalam tin sudah mengandungi garam. Hanya perlu letak gula sahaja. Selain itu, kalau masak bubur haruslah kerap dikacau diatas api yang perlahan sehingga mendidih supaya kuah tidak berketul.
Disebakan penyediaan yang mudah dan bahan yang digunakan tidak renyah. Apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook iaitu Cik Puan Norhafizan Ezan Sulaiman. Pemanis mulut yang sungguh enak ni memang sesuai untuk dijadikan santapan minum petang bersama keluarga.
RESEPI BUBUR JAGUNG SIMPLE
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan dalam resepi bubur jagung ini. Kalau ada bahan memasak dah ada. Jom ke dapur boleh terus untuk mencubanya. Boleh lah dijadikan minum petang anda bersama keluarga tersayang.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 tin cream styled corn (jenama hosen
- 1 tin sweet corn (jenama hosen)
- Susu cair 1 tin (nak kurang manis kurangkan. Kalau letak sagu kena letak 1 tin sebab nanti pekat)
- Sehelai daun pandan
- 2 sudu besar gula perang
CARA PENYEDIAAN BUBUR JAGUNG SIMPLE :
▶️ Ambil periuk. Masukkan kedua-dua jagung dalam tin, masukkan ke dalam periuk.
▶️ Tuangkan susu cair. Kemudian letakkan juga daun pandan dan gula perang.
▶️ Masakkan semua bahan dalam periuk. Masak sampai mendidih.
▶️ Bila dah mendidih. Tutup api dan sejukkan.
▶️ Nak lagi sedap boleh masukkan biskut wheat cracker yang sudah dihancurkan. siap!
BACA JUGA: Resepi Rendang Ayam Style Perak Yang Simple Dan Sedap. Ianya Pasti Menjadi Hidangan Kesukaan Ramai!
Mudah sangatkan! Campak-campak pun dah siap. Kalau makan sejuk-sejuk pun syok juga. Kalau nak lagi sedap boleh masukkan juga sagu. Rasa lembut-lembut sagu lagi menambah keenakkan bubur jagung ini. Tapi jika nak letak sagu. Sebelum masukkan jagung kena masukkan sagu dulu sehingga masak barulah masukkan jagung.
Selain hidangan ini dimakan dengan keluarga. Hidang ini juga boleh dijadikan sajian untuk majlis-majlis keramaian sebagai pemanis mulut. Rasa lemak manis jagung dan lemak-lemak manis susu cair memang menarik selera orang ramai untuk makan.
Kalau ada tengah berpuasa sunat boleh hidangan untuk juadah berbuka nanti. Pasti membuka selera anda. Semoga resepi bubur jagung simple ini dapat memberi anda manfaat dan boleh share resepi ini untuk sama-sama mendapat manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.