Resepi Roti John Ala Streetfood A.K.A Pasar Malam. Lembut Dan Gebu Gemas. Pasti Puas Hati Makan!

0 641

Roti john ialah sandwic omelet yang merupakan makanan snek popular di Brunei, Malaysia dan Singapura.  Disebabkan roti john sangat sedap dan mudah dibuat, apa kata anda cuba resepi roti john untuk dijadikan hidangan minum petang anda pada hari ini.

Selain dijadikan juadah minum petang, roti john juga boleh dihidangkan waktu malam. Penyediaan roti john ini sangatlah mudah. Bahan utama dalam penyediaan roti john termasuk daging, ayam, atau kambing yang dicincang, bawang, telur, sos tomato, chili dan roti baguette.

Roti john ini sering kita nampak di pasar malam dan kedai-kedai kaki lima. Menu ini sangat menaik minat pengunjung yang datang ke tempat tersebut untuk membelinya. Namun untuk rasa yang lebih sedap, anda boleh buat sendiri di rumah. Lagi jimat dan berbaloi.

Resepi ini sangat sesuai dicuba kerana penyediaan yang sangat mudah dan rasanya sangat sedap. Anda boleh follow cara ini sahaja. Mudah je tau! Bahan yang digunakan tidaklah susah diperolehi. Cuma perlu menggunakan beberapa bahan sahaja tetapi rasanya pasti akan menyelerakan.

Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook En Roslan Rusly. Menu yang sangat simple dan sedap. Terima kasih berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi jimat dan puaskan makan. Tak rugi cuba tau!

 

RESEPI ROTI JOHN

Menu ini sangatlah simple dan sedap, Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan roti john ala streefood a.k.a pasar malam yang gebu gemas ini. Pasti menyelerakan anda.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Inti daging (ayam/daging/kambing)
  • Bawang Besar(blend)
  • Bawang putih(blend)
  • Cili boh atau cili kisar
  • Tomato puree
  • Serbuk kari
  • Chicken stok
  • Garam
  • Cuka
  • Minyak masak
  • Roti

CARA PENYEDIAAN ROTI JOHN :

▶️Masakkan bahan tumisan bawang, cili, serbuk kari, dan tomato puree, kemudian masukkan sedikit air.

▶️Masukkan daging kisar.

▶️Biarkan inti tersebut sampai naik minyak dan jadi pekat sikit.

▶️kemudian belah roti.

▶️Inti biarkan sejuk sikit. Dah agak sejuk, pecahkan telur dan masukkan daging yang siap tadi .Gaul dan pukul daging dalam telur.

▶️Letakkan bancuhan tadi atas pan yang leper. Biarkan 1-2 minit dengan api kecil. Letakkan roti, dan biar dalam 2-3 minit. Terbalikkan roti dan biar luar roti tuh masak sikit.

▶️ Dah siap, angkat dan letakkan sos dan mayonis

 

BACA JUGA : Resepi Kangkung Goreng Belacan Yang Simple Dan Sedap. Confirm! Bertambah Lagi Selera Makan.

 

Wah dah siap! Nampak menyelerakan. Senangkan! Hidangan sangat menarik dah macam yang jual dekat pasar malam dah. Tapi confirm buat sendiri lagi sedaplah. Boleh ubah bahan mengikut cita rasa sendiri. Menu yang simple ini boleh juga dihidangkan pada tetamu jugak.

Bahan asas dalam roti john juga boleh ubah mengikut cita rasa anda. Jika anda pengemar kambing, boleh mengunakan daging kambing cincang. Tapi kalau anda tidak suka boleh gunakan daging atau ayam cincang sahaja. untuk menambah lagi kesedapan roti john anda, boleh juga tambah chesse. Memang padu habis!

Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi roti john ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila untuk dijadikan hidangan pada keluarga. Share supaya orang lain juga boleh mencuba resepi roti john yang sangat sedap ini.  Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.