Resepi Paprik Seafood Yang Cukup Rasa Masam, Manis, Dan Pedas, Seperti Makan Dikedai Thai!
Paprik merupakan hidangan makanan dari Thailand. Paprik bukan sahaja sedap dimasak dengan ayam, juga sedap bila dimasak dengan udang dan sotong. Untuk perkongsian kali ini mengenai Resepi Paprik Seafood yang sangat sedap dan mudah untuk disediakan.
Masakan Thailand mempunyai rasanya tersendiri iaitu masam, pedas, dan manis. Kebanyakkan masakan thai akan mempunyai gabungan rasa ini. Pelbagai rasa dalam satu hidangan pasti akan membuatkan anda menyukai rasa hidangan ini.
Keunikkan rasa dalam hidangan ini dapat memberikan selera kepada sesiapa sahaja yang merasainya. Setiap masakan Thailand pasti akan menggunakan daun limau purut dan serai sebagai pembangkit aroma dalam masakan.
Paprik selalunya dijadikan hidangan makan malam yang digandingkan dengan telur dadar, tomyam atau sup ekor. Hidangan ini mudah didapati di kedai-kedai Thai disekitar tempat kita, tidak perlu pergi ke Thailand untuk merasakan masakan Thai.
Kali ini sudah tidak perlu ke kedai Thai untuk merasai sendiri hidangan paprik ini, Cuba sahaja resepi yang kami kongsi ini. Resepi paprik seafood yang kami kongsikan ini daripada Ezan Jelita.
RESEPI PAPRIK SEAFOOD
Dalam hidangan Thai biasanya akan gunakan kicap sotong didalam masakan mereka, untuk menaikan lagi aroma dan rasa masakan. Kicap sotong rasanya masin dan baunya sangat kuat. Dalam resepi kali ini tidak menggunakan kicap sotong sedikit pun, tapi jika ingin tambahkan boleh sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A :
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
*Hiris kesemua bahan
Bahan B :
- 2 sudu cili kisar
- 2 sudu pes tomyam
- 3 sudu sos tiram
- 4 sudu sos cili
- 3 sudu kicap manis
- Udang dan sotong
Bahan C
- Kobis bunga
- Lobak merah
- Kacang buncis
- Daun limau purut
- Cili Merah/Hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN PAPRIK SEAFOOD
▶️ Mula-mula panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu.
▶️ Kemudian masukkan bahan B diikuti udang sotong yang sudah dicuci bersih.
▶️ Tambahkan sedikit air. Reneh sehingga masak.
▶️ Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau suka, bolehlah masukkan serbuk perasa.
BACA JUGA : Resepi Cakoi Lembut Dan Gebu, Dihidangkan Pula Dengan Sos Srikaya Pandan Manis Berkrim!
Masak paprik ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Hidangan ini kalau masak sekejap sahaja licin, memang menjadi kesukaan ramai dengan rasanya yang unik. Dapat pula makan dengan telur dadar memang sangat kena combination ini.
Masak paprik ini bukan sahaja boleh menggunakan seafood, malah boleh ditukar kepada hidangan ayam atau daging. Untuk lagi sedap hidangan ini, perlulah menggunakan udang dan sotong yang fresh.
Resepi paprik seafood ini mudah disediakan, jadi ibu-ibu yang bekerja tidak perlu mengambil masa yang lama untuk siapkan satu-satu hidangan. Resepi yang perlu dicuba bagi yang suka makan masakan Thailand!