Resepi Kentang Bilis Cili Berempah, Hidangan Yang Simple Tetapi Sangat Menyelerakan!

0 751

Kadang-kadang buntu nak masak apa apabila semua menu sudah dibuat. Ada ikan bilis dan kentang didapur apakata cuba pula masakan yang simple tapi sedap iaitu Resepi Kentang Bilis Cili Berempah ni.

Gabungan ikan bilis dengan kentang yang dimasak dengan cili boleh membuatkan rasa yang menyelerakan semasa menikmati nasi. Sambal ini juga boleh dimakan dengan roti atau bubur nasi.

Jangan tak percaya hidangan ini boleh memjadi kesukaan satu keluarga. Biarpun banyak lauk lain lagi terhidang diatas meja tetapi hidangan ini tetap menjadi pilihan kerana keranggupan dari ikan bilis dan kentang dengan rasa yang pedas tapi sangat enak.

Ikan bilis dan kentang perlu digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan didalam sambal. Nak masak hidangan ini tidaklah susah kerana bahan-bahannya sangat mudah dan kebanyakkannya sudah tersedia didapur.

Sesekali makan sambal kentang ikan bilis pun sedap, dimakan pula dengan nasi panas-panas pasti akan naikkan lagi selera dengan bertambah-tambah makannya. Resepi yang simple tapi sedap ini telah dikongsi oleh Nurul Ateekah.

 

RESEPI KENTANG BILIS CILI BEREMPAH

Untuk mendapatkan ikan bilis yang ranggup walaupun telah dicampur dan digaul dalam sambal, perlu sejukkan terlebih dahulu sambal sebelum dicampur dengan ikan bilis dan kentang.

photo6248843645637735166.jpg (750×1000)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Ikan bilis 1 cawan ( dibasuh dan digoreng)
  • Ubi kentang 5 biji ( hiris nipis )
  • Cili merah 1 ( dibelah )
  • Cili hijau 1 ( dibelah )
  • Bawang besar 1 ( dihiris )
  • Bawang putih 3 ulas(dihiris)
  • Daun kari 2 tangkai
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Cili kisar 5 sudu besar
  • Kicap Manis 3 sudu besar
  • Serbuk perasa
  • Gula

photo6248843645637735167.jpg (750×1000)

CARA-CARA PENYEDIAAN KENTANG BILIS CILI BEREMPAH

▶️ Panaskan minyak , masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan dan sedikit garing . ( Angkat dan ketepikan )

▶️ Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak ranggup . ( Angkat dan ketepikan )

photo6248843645637735169.jpg (750×750)

▶️ Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau .

photo6248843645637735168.jpg (750×750)

▶️ Perlahankan api, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak .

photo6248843645637735170.jpg (750×750)

▶️ Kemudian masukkan serbuk kari . Gaulkan sehingga sekata .

photo6248843645637735171.jpg (750×750)

▶️ Masukkan kicap , serbuk perasa dan gaulkan sebati.

photo6248843645637735163.jpg (750×750)

▶️ Masukkan cili hijau , cili merah ,ubi kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika . Siap untuk dihidang .

photo6248843645637735162.jpg (750×750)

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Kerabu Biru Yang Diminati Ramai, Cara Yang Mudah Untuk Menyediakannya!

 

Kadang-kadang hidang yang simple inilah merupakan penyedap dan penyelamat ketika tidak tahu nak masak apa. Bukan setakat sedap dimakan dengan nasi panas-panas boleh juga dimakan dengan roti.

837733.jpg (1200×800)

Sambal kalau nak sedap perlu masukkan gula juga, jangan masukkan terlalu banyak nanti terlampau manis pula, cuma untuk rasa ada manisnya pada sambal tersebut. Rasa manis boleh mengimbangkan rasa pedas sambal.

Untuk buat hidangan ini bukan susah, cuma sambal perlu dimasak sehingga pecah minyak. Resepi kentang bilis cili berempah wajib dicuba sebab sangat mudah dibuat dan pasti akan jadi kesukaan keluarga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.